Tentang Kami

Kata Aluan

"If you want to change the world, you must help yourself to help others. Then, the world will change because of you."

Dari sifar menjadi wira telah menjadikan kita lebih matang dan berfikiran terbuka dalam melakukan segala-galanya untuk kebaikan setiap ahli B-H dan komuniti golongan sasar.

Dari Imam al-Ghazali: “Seorang lelaki beradab lebih baik daripada lelaki yang berpendidikan Tinggi”.

Menghitung Dakwah Bil Hal mengajar kita menjadi
masyarakat berpendidikan tinggi dan beretika dalampenjagaan masyarakat sama ada kaya atau miskin, Muslim atau bukan Islam, keras atau mudah, tua atau muda dan memerlukan atau kurang berkebolehan.

Nasri Che On

Siapa Kami

Bergerak bersama slogan 'Serve Humanity', Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan akan terus berkhidmat dan membantu insan yang memerlukan tanpa mengira sempadan.

Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan @ Borderless Humanity (B-Humanity) merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu golongan sasar dalam segenap aspek tanpa mengira bangsa, ras warna kulit, mahupun perbezaan taraf pendidikan.

B-Humanity akan sedaya upaya mengembleng tenaga dan upaya turun kelapangan untuk meringankan beban setiap golongan sasar agar mencapai matlamat selari dengan keperluan dan kehendak pertubuhan.

Misi dan Visi

Misi
B-Humanity komited sebagai wadah KEBAJIKAN, PENDIDIKAN, dan DAKWAH demi keharmonian sejagat.

B-Humanity is committed to be a container of WELFARE, EDUCATION, and DAKWAH for universal harmony.

Visi
B-Humanity sebagai organisasi yang dinamik dan versatil mengoptimumkan kebajikan tanpa sempadan.

B-Humanity as a dynamic and versatile organization optimizes welfare without borders.​​

Objektif

Menyalurkan bantuan dari segi kelangkapan hidup untuk membantu menutup masalah utama periuk nasi yang dihadapi oleh golongan sasar.
Membantu memberikan akses pendidikan percuma kepada anak-anak pedalaman, gelandangan dan mereka yang dinafikan hak kerakyatan khususnya pelarian dan rakyat tanpa negara.
Berazam melatih dan mewujudkan sukarelawan terlatih di pedalaman untuk membantu memberikan akses kebajikan & pendidikan secara percuma kepada golongan sasar.
Membina dan membaik pulih keperluan surau, masjid, pusat komuniti, keperluan komuniti, sekolah dan seumpamanya untuk manfaat bersama.

Matlamat Pembangunan Sosial (SDG)

BHumanity bergerak dan menyampaikan saluran berpandukan Social Developement Goal (SDG) yang telah diberikan oleh United Nations sebagai panduan. Ianya sedikit sebanyak membantu perkembangan organisasi dalam pemantauan projek, kestabilan, dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.

BHumanity moves and delivers channels guided by the Social Development Goal (SDG) that has been given by the United Nations as a guide. It helps to a certain extent the development of the organization in monitoring the project, stability, and effectiveness of the implemented project.

Scroll to Top