TAJA ANAK YATIM, ASNAF DAN DHUAFA' KE SEKOLAH

Malaysia & Palestin

JOM TAJA MURID YATIM, ASNAF DAN DHUAFA' KE SEKOLAH

Musim persekolahan di Malaysia bagi tahun 2024 bakal bermula tidak lama lagi. Ada anak-anak yang bersemangat merancang persediaan kelengkapan barangan ke sekolah bersama-sama keluarganya.
Tapi, bagaimana pula bagi anak-anak yang kurang bernasib baik?
Oleh itu, Borderless Humanity @ Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan mengerakkan projek BANTUAN TAJAAN KEMBALI KE SEKOLAH bagi membantu anak-anak yang kurang bernasib baik khususnya anak yang berstatus yatim, golongan asnaf dan anak-anak dhuafa’.

BACK TO SCHOOL GAZA

Baru-baru ini B-Humanity menjalankan satu projek di Gaza, Palestin bersama rakan strategik iaitu Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) dan Yayasan Islam Khan Younis (Gaza) menyampaikan bantuan persekolahan berupa pakaian sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, dan peralatan menulis sekolah termasuk buku. Alhamdulillah seramai 100 orang anak yatim yang bapanya syahid ketika perang, telah disantuni dengan jaya sekali.

BANTUAN PERSEKOLAHAN BUAT MANGSA KEBAKARAN

Pada 5 Julai 2023, Tim Menyantuni dan Menyampaikan Bantuan Persekolahan untuk Mangsa Kebakaran di Kampung Babu Debak, Sarawak.

Ustaz Aizat bersama Tim melawat lokasi kebakaran rumah mangsa

Tim B-Humanity bawa terus anak-anak mangsa kebakaran beli pakaian sekolah

Seronok dalam duka. Walaupun dapat pakaian baru, tetapi mereka kehilangan rumah mereka buat selamanya

Tim menyampaikan sumbangan Ihsan kepada keluarga mangsa dan sumbangan persekolahan

Kembali Ke Sekolah untuk Anak-Anak Asnaf dan Dhuafa' di Malaysia

APAKAH BENTUK SUMBANGAN YANG INGIN DISALURKAN?

JOM TAJA KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN RM 150 (SEORANG)

Mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Kebaikan yang diperbuat oleh anak soleh pahalanya sampai kepada orang tua yang mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai atau pahala yang diterima oleh anak-anak tadi. Doa anak yang soleh kepada orang tuanya mustajab di sisi Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau berterang-terangan, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tiada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Surah al-Baqarah ayat 274).
TAJA MEREKA WALAU SERENDAH RM 10 INSHA ALLAH SELAGI MANA BERJAYANYA ANAK-ANAK YANG MENERIMA INFAQ KITA INI, AKAN MENJADI BEKALAN SAHAM AKHIRAT KITA.
Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk bersama-sama membantu dalam merialisasikan projek taja ke sekolah ini. Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.
Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya).

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Scroll to Top