Serangan Ke Atas Gaza Kembali Terjadi

Dunia kembali dikejutkan dengan kekejaman penduduk dan tentera Israel yang cuba menceroboh masuk ke Semenanjung Gaza, Palestin bermula 7 Oktober 2023. Selain pencerobohan, pihak Israel juga mengebom bangunan-bangunan di dalam Gaza melakukan pembunuhan beramai-ramai. Walaubagaimanapun, pihak pejuang Palestin di Gaza tidak berdiam diri dan membalas serangan dengan cara yang berbeza daripada perperangan sebelum ini. Menurut sumber, tentera zionis yang menceroboh ke Semenanjung Gaza telah ditangkap dan tercedera. Pejuang Palestin pula telah berjaya masuk ke kawasan Israel di luar Semenanjung Gaza dan melakukan serangan ke kawasan sempadan Gaza-Israel. Sehingga saat artikel ini ditulis, dilaporkan seramai 600 penceroboh Israel yang memasuki Gaza telah mati manakala setakat yang diketahui, 572 orang penduduk Gaza telah terkorban termasuk pejuang dan orang awam.

#bhumanity

#Gaza

Detik-detik salah satu pengeboman yang dilakukan di Gaza.
Rakyat Gaza yang berjaya merampas kenderaan tentera Israel yanng menceroboh Gaza.
Keadaan kawasan Israel yang menerima serangan balas pejuang Palestin.

Sumber: wakil Palestin di Malaysia, aljazeera.com, bharian.com.my, astroawani.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top