Santuni Masyarakat Orang Asal di Kampung Orang Asli Ulu Legung, Kedah

Program Ihsan Ramadan bersama masyarakat orang asal dikampung orang asli ulu legung, baling kedah. Program anjuran bersama antara Ihsan Madani, B-Humanity dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Komuniti Dakwah Tarbiah, Rumah Wakaf Indonesia.

Majlis dimulakan pada sesi pagi dengan Program Asas Pengenalan Bacaan Al-Fatihah. Kemudian diteruskan dengan kelas asas pengurusan jenazah dan seterusnya gotong bersama.

Pada sesi petang, sesi serahan sumbangan bakul ihsan kepada hampir 60 keluarga asnaf. Pada sebelah maghrib majlis iftar bersama warga kampung dan diakhiri dengan solat sunat tarawikh berjamaah pada malamnya.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top