B-Humanity Melaksanakan Misi Qurban Yang Bersejarah
29 Jun 2023
Kamalpoor, Biratnagar 29 Jun 2023 – Nepal merupakan salah sebuah negara yang termiskin didunia dengan GDP yang rendah daripada 5% pada tahun 2022. Dengan populasi yang mencecah 30 juta orang, serta banjaran dan gunung ganang gergasi menjadikan negara tersebut sukar untuk menarik pelabur asing bagi menyokong perkembangan ekonomi tempatan seperti negara-negara lain.
Keadaan ini bertambah sedih apabila penduduk yang beragama islam merupakan minoriti yang tidak mencecah 2 juta pun, menjadikan orang islam di Nepal hidup dalam keadaan yang susah. Majoriti masyarakatislam di Nepal merupakan golongan faqir dan miskin yang duduk di kawasan yang jauh dari ibu kota, Kathamandu.
Melihat kepada keadaan ini, Team B-Humanity mengambil kesempatan pada Hari Raya Aidildha yang lalu, menyenaraikan Nepal sebagai salah sebuah negara untuk menjalankan misi qurban 1444H.
Setelah hampir sebulan mempromosikan kempen “Qurban Humanity” di Malaysia, penyertaan yang memberangsangkan telah menjayakan program Qurban Humanity di Nepal.
Wakil kami Ustaz Hassan , telah membawa amanah ini ke Biratnagar selama 5 hari bagi melaksanakan misi ini. “Alhamdulillah walaupun cuaca hujan dan suasana yang sesak dengan keadaan jalan raya yang teruk, dengan izin Allah swt, kita dapat menjayakan misi qurban seperti yang dirancang”, kata beliau ketika menyampaikan laporan akhir misi Qurban Humanity di Ibu Pejabat di Banting semalam.
Penyertaan bahagian Qurban yang mencecah lebih 30 ekor kerbau telah diagihkan kepada hampir 4000 masyarakat muslim di 4 buah kampung yang berbeza. Setiap keluarga yang merangkumi 4-5 isi rumah telah menerima 3-4kg daging kerbau. Bagi penduduk kampung Kamalpoor, daging merupakan makanan yang dirasai setahun sekali atau dua sahaja. Misi ini secara tidak langsung telah membawa senyuman pada wajah-wajah saudar se-islam kita di sana. Selain daripada agihan daging qurban, Tean B-Humanity bersama rakan-rakan NGO amat berbesar hati untuk mengagihkan juga bungkusan beras kepada setiap penerima daging seberat hampir 6 tan keseluruhan.
Kerja-kerja pengagihan serta persiapan lokasi dan peserta dipermudahkan lagi dengan kerjasama wakil persatuan tempatan seperti Nepal Masjid Council dan juga Madrasah Zia-ul-Uloom.
“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada Pihak B-Humanity dan rakan-rakan NGO lain yang turut bersama mereka dalam meraikan Eidul Adhah tahun ini bersama asnaf dan fakir miskin di Nepal, hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa dan pengorbanan kalian,” ujar Ustaz Hassan Mian, Pengerusi Nepal Masjid Council Cawangan Biratnagar ketika ditemu ramah pada hari kejadian.
Bayangkan kita solat dan tiba-tiba,aircond tak berfungsi atau lampu blackout.
Bayangkan kita tengah ambik wuduk,tiba air tak keluar dari paip.
Bayangkan kita masuk tandas masjid tapi ter
paksa cedok air dalam gayung untuk istinjak.
Bayangkanlah apa-apa yang kita rasa keadaan itu sangat teruk bagi sebuah masjid.
Alhamdulillah semuanya sekad
ar bayangan bagi kita tapi bag
i mereka semua itu merupakan realiti yang mereka hadapi setiap hari..
Walaupun hidup dengan segala kekurangan, rumah Allah tetap diimarahi,iman terhadapNya tidak pudar sama sekali dan kal
imah Allah tetap diangkat tinggi..itulah masyarakat muslim di Perkampungan Biratnagar Nepa
l yang saban hari wakil B-Humanity sempat melawat untuk menyampaikan sedikit bantuan yang telah diamanahkan kepada kami.
#bhumanity
#qurbanhumanity
#biratnagarnepal