AYUH LAKSANAKAN QURBAN
2024 DI GAZA, PALESTIN

#KongsiKebaikanQurban

Allah berfirman di dalam al-Quran,
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ 
Maksudnya: Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan.

Surah al-Kauthar (2)

Nabi S.A.W bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسً
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

Riwayat al-Tirmizi (1493)

LAKUKAN KORBAN ANDA BERSAMA KAMI

PELAKSANAAN KONGSI KEBAIKAN QURBAN PADA TAHUN SEBELUMNYA DI GAZA, PALESTIN

SELAIN QURBAN, KAMI JUGA MENYEDIAKAN
'INFAQ AIDILADHA'

INFAQ AIDILADHA memberi peluang kepada anda untuk BERSEDEKAH DAGING serendah RM30 buat penduduk di bumi GAZA, Palestin pada Aidiladha nanti.
Semoga dengan infaq anda dapat meringankan sedikit beban penderitaan dan krisis makanan yang sedang mereka hadapi ketika ini.

INFO PENTING TENTANG PENDAFTARAN KORBAN

* SATU BAHAGIAN HANAYA UNTUK SATU NAMA di banner qurban dan E-Sijil. Andai ada peserta qurban yang mengisi lebih daripada satu nama, pihak Borderless Humanity akan mengambil nama yang berada di teratas. TIDAK ADA permintaan perubahan yang akan diterima disaat akhir.

* SATU BAHAGIAN QURBAN, SATU PENAMA (tidak boleh letak KELUARGA: contohnya= Amirul Sekeluarga)

* SATU EKOR [Fattah Sekeluarga= DIBOLEHKAN]

* Nama penama / peserta TIDAK BOLEH ada perkataan ARWAH (contohnya= Allahyarham Haji Sungib)

* Pastikan EMAIL dan NO. TELEFON adalah BENAR kerana email dan No telefon tersebut akan digunakan untuk menghantar Laporan Gambar dan E-Sijil Qurban.

* Nama peserta qurban dan E-Sijil TIDAK BOLEH DITUKAR setelah proses mendaftar berjaya (mohon SEMAK EJAAN sebelum menghantar borang).

* Laporan Bergambar (sebelum dan selepas qurban) dan E-Sijil akan diberikan selewat-lewatnya TIGA MINGGU selepas habis musim Qurban.

* Borderless Humanity akan memilih sendiri lokasi qurban bergantung kepada ‘KESEDIAAN‘ haiwan qurban yang ada.

* Pembayaran hendaklah dijelaskan SERTA MERTA sama ada secara manual transfer atau secara dalam talian.

* Untuk pembayaran secara online sila masukkan RUJUKAN: QurbanGaza

*Untuk pembayaran manual transfer sila nyatakan RUJUKAN: QurbanGaza dan nyatakan BUKTI RESIT ‘Transfer’ kepada pegawai khidmat pelanggan kami.

* Email dan Invois pengesahan akan diberikan selepas pembayaran dibuat.

* Akad Qurban termasuk kos pengurusan.

* Sekiranya ingin membeli SATU EKOR LEMBU, boleh membeli sebanyak 7 BAHAGIAN = 1 ekor lembu.

* Sila isikan ruangan ALAMAT dengan BETUL bagi memudahkan urusan laporan dan lain-lain hal.

* Bagi setiap ekor Lembu Palestin mempunyai berat bersih 500 – 600 KG DAGING.

* Untuk SEDEKAH DAGING, gambar, E-laporan dan E-Sijil TIDAK disediakan. Harap Maklum.

UNTUK DAFTAR QURBAN SECARA MANUAL / BANK TRANSFER / CDM, BOLEH BUAT PEMBAYARAN TERUS AKAUN DIBAWAH:

BANK: CIMB Bank

NO AKAUN: 8605444648

NAMA AKAUN: Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan

Rujukan: QurbanGaza

Bagi yang daftar qurban bukan secara ‘ONLINE’ sahaja wajib untuk menghantar bukti pembayaran dan berikan maklumat lanjut ke nombor Whatsapp kami di +601127005165
PENAFIAN:
1. Pihak Borderless Humanity akan menetapkan sendiri lokasi ibadah qurban di Gaza.
2. Pembayaran menggunakan ‘payment gateway’ Billplz dan Stripe, selepas pembayaran di’statement’ bank akan terpapar pembayaran kepada BILLPLZ SDN BHD atau STRIPE, ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
3. Pembayaran termasuk RM 1.10 caj ‘payment gateway’ Billplz.
4. Pembayaran melalui Kredit Kad termasuk RM 3.00 caj ‘payment gateway’.
5. Untuk pertanyaan boleh hubungi kami di +601127005165
Scroll to Top