AYUH LAKSANAKAN IBADAH QURBAN
2024 BERSAMA B-HUMANITY

#KongsiKebaikanQurban

Allah berfirman di dalam al-Quran,
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ 
Maksudnya: Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan.

Surah al-Kauthar (2)

Nabi S.A.W bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسً
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

Riwayat al-Tirmizi (1493)

AIDILADHA DIRAI, REZEKI QURBAN SAMA DIKONGSI

Borderless Humanity @ Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan secara kemanusiaanya sentiasa berusaha untuk menyantuni lebih ramai komuniti memerlukan menerusi projek kemanusiaan dan kebajikan yang dijalankan.

Bagi tahun 2024 | 1445H ini, kempen KONGSI KEBAIKAN QURBAN anjuran Borderless Humanity@Kemanusiaan Tanpa Sempadan dengan kerjasama rakan kolaborasi NGO menyasarkan kutipan sebanyak 100 ekor haiwan sembelihan bagi menyantuni penerima manfaat di Malaysia, Nepal, Uganda, Selatan Sudan, Kenya, Tanzania, Indonesia, Thailand, Laos, (Gaza) Palestin menerusi penyertaan anda semua untuk setiap bahagian Qurban.

Kempen Kongsi Kebaikan Qurban akan bermula pada 1 Mei 2024 (22 Syawal 1445 H) sehingga 7 Jun 2024 (1 Zulhijjah 1445 H). 

Dengan menyertai kempen Kongsi Kebaikan Qurban menerusi Borderless Humanity, anda bukan sahaja dapat melaksanakan ibadah sunat muakkadmalah dapat membantu golongan memerlukan menerusi agihan sumbangan daging korban kerana inilah satu-satunya peluang untuk mereka menikmati juadah daging sekali dalam setahun.

Sokongan anda dapat memberi harapan buat keluarga memerlukan di Aidiladha ini.

APAKAH PENGERTIAN DAN HUKUM IBADAH KORBAN?

Ibadah Qurban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang akan dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu bersamaan 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik bersamaan 11, 12 ,13 Zulhijjah.

Hukum ibadah korban ke atas umat Islam adalah SUNAT MUAKKAD iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang baligh, berakal, merdeka serta berkemampuan  untuk melaksanakannya. Maksud berkemampuan ialah orang yang mampu berkorban setelah ada lebihan dari keperluannya untuk dikeluarkan bagi tujuan korban pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik.

Menurut jumhur ulamak, sunat melakukan korban bagi orang yang mampu dan adalah makruh hukumnya jika orang yang mampu itu tidak melakukan ibadah korban sedangkan ia berkemampuan untuk melakukannya.

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini.

Riwayat Ibnu Majah

APAKAH FADHILAT MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN?

• Penebus dosa kecuali dosa besar.

• Mendapat hasanah (kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban.

• Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta‘ala.

• Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qana‘ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong. 

Ibadah Qurban disempurnakan dengan sebaiknya setiap tahun untuk memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan

KENAPA PERLU LAKSANAKAN QURBAN BERSAMA BORDERLESS HUMANITY?

SUDAH TENTU ANTARANYA PENGURUSAN QURBAN YANG TERBAIK DAN HARGA YANG BERPATUTAN SESUAI MENGIKUT MUSIM QURBAN.

QURBAN MALAYSIA

QURBAN GLOBAL - LEMBU (UGANDA, KENYA, SUDAN SELATAN, TANZANIA, LAOS, THAILAND, INDONESIA)

QURBAN GLOBAL - KAMBING (UGANDA, KENYA, SUDAN SELATAN, TANZANIA, LAOS, THAILAND, INDONESIA)

QURBAN NEPAL

QURBAN PALESTIN

SUDAH LAKSANA QURBAN PADA TAHUN SEBELUMNYA?

JOM DAFTAR SEKARANG IBADAH QURBAN 1445 H | 2024

Kriteria pemilihan bagi penerima sumbangan daging korban antaranya ibu tunggal, anak yatim, warga emas, fakir miskin, asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU), pelarian, keluarga yang terjejas bencana dan keluarga yang mempunyai jumlah isi rumah yang ramai.

Setiap keluarga akan menerima kira-kira antara 2 kilogram hingga 4 kilogram daging korban yang dijangka mampu bertahan untuk tempoh satu minggu.

Bagi pemilihan jenis haiwan ternakan untuk disembelih pula berbeza mengikut negara antaranya lembu, kerbau, kambing, dan kambing biri-biri.

TAK MAMPU NAK BUAT QURBAN TAHUN NI? TAK MENGAPA, ANDA BOLEH BERSEDEKAH QURBAN / SEDEKAH DAGING.

PROMOSI TERHAD UNTUK PENDAFTARAN AWAL

Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan buat mereka yang memerlukan dan usaha Borderless Humanity dalam menyampaikan amanah kerja-kerja bantuan kemanusiaan. Sebagai tanda kami berterima kasih dengan anda semua, kami ingin memberi potongan diskaun khusus buat penyumbang dan pendaftar Qurban.
*Tertakluk kepada terma dan syarat

INFO PENTING TENTANG PENDAFTARAN KORBAN

* SATU BAHAGIAN HANAYA UNTUK SATU NAMA di banner qurban dan E-Sijil. Andai ada peserta qurban yang mengisi lebih daripada satu nama, pihak Borderless Humanity akan mengambil nama yang berada di teratas. TIDAK ADA permintaan perubahan yang akan diterima disaat akhir.

* SATU BAHAGIAN QURBAN, SATU PENAMA (tidak boleh letak KELUARGA: contohnya= Amirul Sekeluarga)

* SATU EKOR [Fattah Sekeluarga= DIBOLEHKAN]

* Nama penama / peserta TIDAK BOLEH ada perkataan ARWAH (contohnya= Allahyarham Haji Sungib)

* Pastikan EMAIL dan NO. TELEFON adalah BENAR kerana email dan No telefon tersebut akan digunakan untuk menghantar Laporan Gambar dan E-Sijil Qurban.

* Nama peserta qurban dan E-Sijil TIDAK BOLEH DITUKAR setelah proses mendaftar berjaya (mohon SEMAK EJAAN sebelum menghantar borang).

* Laporan Bergambar (sebelum dan selepas qurban) dan E-Sijil akan diberikan selewat-lewatnya TIGA MINGGU selepas habis musim Qurban.

* Borderless Humanity akan memilih sendiri lokasi qurban bergantung kepada ‘KESEDIAAN‘ haiwan qurban yang ada.

* Pembayaran hendaklah dijelaskan SERTA MERTA sama ada secara manual transfer atau secara dalam talian.

* Untuk pembayaran secara online sila masukkan RUJUKAN: KKQurban

*Untuk pembayaran manual transfer sila nyatakan RUJUKAN: KKQurban dan nyatakan BUKTI RESIT ‘Transfer’ kepada pegawai khidmat pelanggan kami.

* Email dan Invois pengesahan akan diberikan selepas pembayaran dibuat.

* Akad Qurban termasuk kos pengurusan.

* Sekiranya ingin membeli SATU EKOR LEMBU, boleh membeli sebanyak 7 BAHAGIAN = 1 ekor lembu.

* Sila isikan ruangan ALAMAT dengan BETUL bagi memudahkan urusan laporan dan lain-lain hal.

* Bagi pelaksanaan Qurban di Nepal akan digunakan KERBAU atas faktor perbezaan keagamaan yang mana LEMBU dilarang untuk pelaksanaan Qurban.

*Untuk Pelaksanaan Qurban Malaysia hanya dilaksanakan sembelihan dan agihan di NEGERI KELANTAN sahaja.

*Penerima Manfaat Daging Korban Malaysia akan dihantar kepedalaman bagi fakir miskin dan orang susah, untuk saudara baru dan mereka yang betul-betul memerlukan.

* Untuk SEDEKAH DAGING, gambar, E-laporan dan E-Sijil TIDAK disediakan. Harap Maklum.

UNTUK DAFTAR QURBAN SECARA MANUAL / BANK TRANSFER / CDM, BOLEH BUAT PEMBAYARAN TERUS AKAUN DIBAWAH:

BANK: CIMB Bank

NO AKAUN: 8605444648

NAMA AKAUN: Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan

Rujukan: KKQurban

Bagi yang daftar qurban bukan secara ‘ONLINE’ sahaja wajib untuk menghantar bukti pembayaran dan berikan maklumat lanjut ke nombor Whatsapp kami di +601127005165

PERINCIAN AKAD

Perincian Dalam Lafaz Akad Bai’ As-Salam
Saya bersetuju untuk membeli, adalah bermaksud :
1. Menyerahkan wang bayaran (RM) untuk mendapatkan pakej korban.
2. Menempah haiwan untuk tujuan korban mengikut spesifikasi dan jumlah yang dipersetujui.
3. Menyerahkan urusan pemilihan tempat pelaksanaan kepada pihak B-Humanity kecuali untuk pakej tertentu sahaja.
4. Menyerahkan urusan penetapan tarikh pelaksanaan kepada pihak B-Humanity, kecuali untuk pakej tertentu sahaja.
5. Mewakilkan pihak urusetia B-Humanity untuk menyembelih, melapah dan mengagihkan kepada penerima.
6. Sekiranya pihak urusetia B-Humanity tidak dapat melaksanakan perkhidmatan dengan baik seperti yang dipersetujui, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak B-Humanity.
7. Sekiranya saya ingin membatalkan urusan jual beli setelah penyerahan pelaksanaan dibuat, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak saya sendiri.
 
Scroll to Top