SUMBANG SEIKHLAS HATI
PROJEK-PROJEK
YANG SEDANG DILAKSANAKAN
YANG SEDANG DILAKSANAKAN
INFAQ PEMBINAAN MASJID IBADUSSALAM
Akibat kekurangan dana, Masjid Ibadussalam yang terletak di Nong Khai, Thailand ini terhenti seketika proses pembangunannya. Justeru, sumbangan diperlukan untuk menyambung pembinaan masjid ini seperti yang dirancang sejak awal.
INFAQ BAIK PULIH RUMAH ASNAF
Tim B-Humanity sendiri telah turun padang dan melihat sendiri keuzuran dan kedhaifan rumah-rumah asnaf yang sedang mereka diami. Ada rumah yang berisiko untuk didiami namun tiada pilihan lain untuk berteduh daridapa hujan dan panas. Ayuh bantu mereka yang memerlukan.
INFAQ BAIK PULIH SURAU PEDALAMAN
Sekiranya anda semua lihat gambar-gambar keadaan surau yang kami tinjau, rata-ratanya keadaan surau ini sangat uzur dan dhaif serta tidak boleh dibayangkan bagaimana masyarakat disana masih boleh menggunakan khidmat surau tersebut walaupun sudah uzur dan terlalu usang. Hampir kebanyakan surau yang kami lawat juga sudah mengalami banyak kerosakan dan perlu dibaik pulih dengan segera.