Projek Air Bersih untuk Pusat Tahfiz Al-Furqan

Kuala Ketil, Kedah | 25 Oktober 2023

B-humanity dengan kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani telah meterai satu perjanjian MOU bersama Pusat Tahfiz Al-Furqan, Kuala Ketil Kedah.

Projek Water 4 Jannah yang akan dibangunkan bersama tahfiz tersebut bermula awal November ini dan dijangka akan tamat projek berkenaan sebelum Februari 2024.

Sebelum ini Pusat Tahfiz berkenaan ada mengalami masalah air kerana sumber utama mereka adalah air galian tanah dan sering mengalami masalah ketiadaan air.

Kami mengambil kesempatan untuk membantu pisat tahfiz berkenaan dan mengharapkan masyarakat diluar sana akan terus membantu pusat tahfiz berkenaan untuk mendapatkan sistem air yang lebih bersih dan berkualiti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top