Pinjam Air Masjid untuk kegunaan harian Anak Tahfiz Pondok Ibadurrahman

Pondok Tahfiz Ibadurrahman terletak di Patani, Thailand. semasa kunjungan Tim B-Humanity bersama rakan strategik disana, kami bertemu dengan Mudir Pondok untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh Pondok tersebut dan ternyata air diantara masalah utama mereka yang perlu dibantu segera.

Ketika lawatan, jelas terlihat paip yang disambung dari masjid terus ke kawasan pondok kerana pondok tersebut tiada sumber utama air untuk digunakan. Atas faktor kekurangan dana dan status lokasi Pondok akan berpindah disatu tapak yang lain menyebabkan mereka menangguhkan usaha untuk menggali satu telaga air.

Insha Allah pada awal 2024, Tim akan cuba mengusahakan projek air bersih untuk pondok ibdaurrahman yang mana ianya akan memberi manfaat yang berpanjangan.

Klik untuk menyokong usaha membina sistem telaga air di pondok tersebut:

https://ezy.la/W4J-ibadurrahman

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top