Pesanan kepada Masyarakat untuk menyantuni Anak² Yatim

Islam telah mengajar kita utk memuliakan anak yatim kerana mereka memiliki posisi atau kedudukan yang Istimewa dalam Islam.Manakala orang yang memuliakan anak yatim akan mendapat keistimewaan tersendiri drpd Rasulullah SAW.
SABDA Rasulullah SAW yg bermaksud ” Barangsiapa yg memelihara anak yatim & memberikannya makan dan minum nescaya Allah akan memasukkannya kedlm Syurga kecuali jika dia melakukan Dosa yg tidak akan diampuni.
(Hadith Riwayat At Tirmizi)

Selain drpd itu kita seharusnya menyantuni anak yatim dan diberikan keutamaan utknya.Rasulullah pernah menyatakan kedudukkan nya kelak di Syurga adalah paling dekat.Bahkan dikatakan hanya sedekat jari telunjuk dgn jari tengah.
Imam Bukhari dlm Kitab Sahihnya meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda …..”Aku Dan orang yg menanggung Anak Yatim (kedudukkan nya) di Syurga seperti ini”

Kemudian Baginda menunjukkan Dan mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah Baginda,serta agak merenggangkan keduanya” Hadith Riwayat Bukhari.

Allah SWT memberi jaminan kpd hambanya yg melakukan kebaikkan kpd Anak Yatim sebaiknya sentiasa disantuni Dan kerap berbuat baik kpd anak² Yatim ini.

SABDA Rasulullah SAW…..”Demi yg mengutuskan dgn hak,Allah tidak akan menyeksa pada hari Kiamat nanti orang yang menyayangngi keyatiman Dan kelemahannya.”
(Hadith Riwayat Thabiani dari Abu Hurairah)

Kesimpulannya wajarlah kita sentiasa memberi Kasih Sayang kpd anak² yatim seperti mana kanak² lain dan sentiasalah kita mendampingi mereka Dan sentiasa menyantuni mereka.

Wassalam

Ustaz Nasri Che On (Presiden B-Humanity)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top