PENTINGNYA AIR SEBAGAI SUMBER KEHIDUPAN

Di dalam Dunia ini,perkara yang paling penting untuk kehidupan manusia adalah air,kerana air merupakan khazanah Alam yang ternilai harganya.Kita sebenarnya Amat memerlukan air bagi menjalani kehidupan kita disamping menjana pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian,perindustrian,perikanan Dan sebagai nya.

Kita sedia maklum 3/4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair.Begitu jugak dengan tubuh manusia 70% daripada komposisi tubuh kita adalah air.Ini menunjukkan betapa penting nya air dalam kehidupan kita.

Sebagai pengguna kita patut mengambil iktibar Dan pengajaran drpd krisis air yang serius seperti mana telah berlaku pada tahun 1998 di Lembah Klang.Dalam peristiwa itu lebih 600,000 penduduk Selangor Dan Kuala Lumpur terjejas .

Kita sebagai pengguna patutlah menyediakan pelan tindakan agar krisis seperti ini dapat dielakkan daripada berulang.Antara lain kita haruslah menjimatkan air Dan jangan membazir.

Didalam al-Quran Allah SWT berfirman….
انمالمبزرين كانوا اخوان الشياطين……..
Mahfumnya…
Sesungguhnya Amalan Membazir itu adalah Saudara Syaitan…..

 

Persoalan lain berkenaan dengan air ini.Kita sebagai pengguna haruslah mendapatkan air yang Bersih Dan Selamat untuk diri kita,terutama apabila kita gunakan air itu untuk diminum ,jauhi daripada air ini tercemar Dan terselamat untuk kegunaan dalam kehidupan harian kita.

Persidangan sedunia atau diperingkat Kebangsaan atau serantau perlu mengadakan pelbagai Kempen kesedaran bagi menjaga kebersihan air supaya tidak terus tercemar.

Peranan Kerajaan ,pihak Swasta Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO Dan sesiapa sahaja haruslah peka kepada peranan memulihara Sungai sebagai salah satu Sumber Air .Semua kita harus bekerjasama dalam usaha-usaha murni ini demi Masyarakat keseluruhan nya.

Kesedaran pengguna sebenarnya merupakan faktor penting untuk terus memastikan bahawa Sumber Air ini akan terus wujud,Bersih Dan Selamat Dan dapat melaksanakan bagi manfaat dalam kehidupan kita.
Satu perkara lagi yang patut diberikan perhatian terutama pengguna adalah keselamatan Dan keupayaan kawasan tadahan hujan serta Alam Sekitar yang Bersih Dan memastikan ianya terus dipantau dari semasa ke semasa .

Oleh itu, semua pihak harus bertanggungjawab dalam tugasan masing-masing mengenai kegunaan air ini.Semoga air yang Bersih terus diambil berat di muka bumi ini dan memastikan tamadun kehidupan manusia terus terjaga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top