Pembebasan Palestine, Amanah Siapa?

Bayangkan Mekkah ditawan oleh musuh islam. Bayangkan umat islam dihalang untuk menziarahi Masjid An-nabi di Madinah. Sudah tentu ziarah Junjungan Kasih Rasulullah S.A.W juga terhalang. Bayangkan betapa besarnya perkara ini bagi umar islam jika ia berlaku. Semoga Allah jalla wa ‘ala melindungi kedua-dua tanah suci tersebut daripada segala musibah yang menghalang kita untuk menziarahinya.

Tetapi mengapa penawanan Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi kita tidak mendapat perhatian yang serius daripada umat islam? Mengapa ianya ditawan dengan begitu mudah oleh pihak musuh laknatullah? Sering tertanya apakah Masjid Al-Aqsa dan Palestin ini tidak begitu penting bagi umat islam? Bukankah Palestin yang terletaknya disitu Masjid Al-Aqsa tanah suci juga bagi umat islam?
Situasi semasa yang sedang berlaku pada hari ini ialah keganasan yang dilakukan oleh negara haram Israel terhadap rakyat Palestin khususnya penduduk di Baitul Maqdis dan Gaza, sehingga terkini telah merebak ke seluruh Palestin.

Sememangnya pemeliharaan Palestin merupakan tanggungjawab seluruh umat islam sedunia. Ini kerana beberapa faktor yang mempunyai nas dari Al-Quran dan Hadis Rasulullah menyuruh kita berbuat demikian.
Di Jabiya, Umar al-Khattab ra menyampaikan khutbahnya kepada tentera-tentera Islam:

أيها الناس أصلحوا سرائركم تصلح علانيتكم، واعملوا لآخرتكم تُكْفَوْا أَمْرَ دنياكم؛ فمن أراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة فإن الشيطان مع الواحد، وهو من الاثنين أبعد؛ ولا يخلون أحدكم بامرأة فإن الشيطان ثالثهما

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, perbaikilah hal-hal yang tersembunyi dalam diri kalian nescaya akan baik yang zahir dari diri kalian, bekerjalah untuk akhirat maka urusan dunia akan sentiasa mencukupi; sesiapa yang menginginkan syurga hendaklah bersama jamaah, sesungguhnya syaitan bersama orang yang sendirian, dan ia menjauh orang yang berdua; tetapi jangan pula kalian berdua-duan dengan kaum perempuan, kerana syaitan menjadi teman yang ketiganya.”

Umar al-Khattab RA meneruskan perjalanan meninggalkan perkhemahan tentera Islam di Jabiya. Seorang lelaki Yahudi tiba-tiba menyapa Umar dan berkata:

يا أمير المؤمنين، إنك لا ترجع إلى بلادك حتى يفتح الله عليك إيلياء

Maksudnya: “Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya engkau tidak akan kembali ke negerimu (Madinah) sehinggalah Allah membukakan kepadamu kemenangan di Iliya’ (nama lama bagi Jerusalem).”

Penindasan yang berlaku sejak berdekad yang lalu sehingga kini, telah meragut ribuan nyawa yang tidak bersalah. Sistem-sistem kehakiman dan undang-undang serta kemanusiaan sedunia telah gagal mempertahankan prinsip mereka sendiri untuk mempertahankan keamanan dan hak asasi manusia sedunia. Benar kata Nabi s.a.w bahawasanya akan datang satu ketika bilangan umat islam ini sbanyak buih-buih dilautan, tetapi mereka sangat lemah memperthankan agama ini. Ya benar kata-kata baginda, melihat kepada bilangan umat islam adalah yang paling tinggi berbanding dengan penganut agama-agama lain, tetapi lihatlah kezaliman demi kezaliman dilakukan oleh musuh-musuh islam terhadap saudara se-islam kita, walhala bilangan mereka jauh lebih sdikit berbanding kita.

Sedarlah saudara-saudaraku, dunia semakin tenat dan kata-kata Allah dan Rasul-Nya berkenaan akhir zaman makin terbukti akan kebenarannya. Apa lagi yang mengAlpakan kita. Keseronokan dunia dan pecah belah sesama umat adalah senjata yang di ambil oleh mereka bagi menjatuhkan kita. Terang lagi suluh perkara inilah yang melemahkan dan menggagalkan umat islam daripada pertahankan sekecil-kecil hak kita sehinggalah Tanah Suci Umat Silam,negara Palestin dijajah oleh musuh.

Ayuh, bangkit Pertahankan Palestin, Pertahankan Gaza, Pertahankan Masjid Al-Aqsa, Pertahankan Islam yang akan menjadi saksi di akhirat kelak. Wallahu A’lam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top