Musim kemarau lagi kami kekurangan air

Lawatan ketiga bagi hari pertama Jelajah Projek Infaq Humanity di Selatan Thailand bersama Ihsan Madani.

Kami melawat Maahad Tahfiz Sampanvitthaya, Narathiwat Selatan Thailand. Ketika dalam mesyuarat bersama pimpinan Sekolah dan barisan AJK, mereka memaklumkan sekolah mereka hampir 100% tinggal diasrama. Mereka mempunyai hampir 700 pelajar di sekolah yang mana purata penggunaan air setiap hari sangat tinggi. Ketika musim kemarau, kebiasaannya mereka akan mengalami masalah air yang cukup dahsyat.

Sumber air utama mereka hanya mengharapkan perigi cari gali yang dikorek pada ketika dahulu. Mereka juga hanya mempunyai tangki simpanan air yang sangat terhad dan tidak dapat menampung keseluruhan penggunaan bagi pelajar, warden, penjaga dan guru-guru yang menetap disitu.

Maka kami Bhumanity bersama Ihsan Madani mengambil langkah progresif mohon pihak sekolah mengusulkan satu pelan tindakan segera untuk kita bantu mereka membina satu sistem saliran air tambahan, penambahan pam air yang lebih berkuasa tinggi, tangki simpanan air yang lebih besar dan banyak serta akan dilakukan cari gali air tambahan yang baharu bagi menampung penggunaan air yan tinggi setiap hari buat warga disana.

#jelajahprojekair
#infaqhumanity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top