Masjid Al-Salam Babu 1 tergendala

DANA DIPERLUKAN UNTUK MENERUSKAN BAKI PROJEK MASJID INI SEBELUM RAMADAN TIBA !!!

https://youtu.be/wwdaduydvt4

Baba 1 ialah sebuah kampung di Cameroon dengan anggaran penduduk 36,000, lebih 12,000 orang Islam, dan malangnya, tiada masjid standard.

Impian terbesar umat Islam di kampung ini ialah memiliki sebuah masjid mudah untuk mereka beribadah.

Ini adalah masjid yang sekarang bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti solat berjamaah dan pengajian agama. Tiada struktur bangunan yang tetap serta ruang yang sempitb menyebabkab para jemaah lelaki terpaksa bergilir-gilir dengan jemaah wanita selepas pada waktu-waktu tertentu khususnya seperti solat raya dan terawih.

Alhamdulillah, Dengan bantuan SEBELUM INI, mereka telah memulakan  pembinaan masjid di kawasan berhampiran, tetapi pembinaan berakhir separuh jalan disbebakan kekangan dana bagi menampung kos-kos berkaitan. Jadi Pihak Borderless Humanity sebagai rakan strategik Initiative For Humanity And Growth (IFHAG) dari Cameroon yang kini sedang giat mengumpul dana bagi merialisasikan impian umat islam setempat untuk mendirikan rumah Allah dan meneruskan seruan dakwah disitu, menyeru tuan-tuan dan puan-puan untuk menyalurkan dana untuk tujuan murni ini.

Anggaran baki yang diperlukan lebih kurang RM 70,000 yang mana akan menampung segala kos asas pembinaan seperti bahan binaan tambahan, sistem pengairan,sistem solar menggantikan elektrik yang memakan kos tinggi untuk dibawa masuk ke pedalaman itu, tandas, karpet, Al-Quran dan Sistem Siaraya bagi memudahkan melaungkan azan setiap waktu solat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top