“Mak Cik Diuji Dengan Ujian ini Supaya Kita Redha Dengan Allah”

Pada 27 Julai yang lalu, Presiden BHumanity (Ustaz Nasri Che On) mengadakan kunjungan Ziarah Humanity di salah sebuah keluarga asnaf di Kampung Gesir, Kuala Kubu Bahru.

Dalam kunjungan tersebut, Ustaz Nasri sempat berbual dengan Mak Cik Salmiah yang sedang uzur. Bukan beliau sahaja yang sakit, malah anak lelaki beliau juga menghidap sakit saraf. Bebanan keluarga diuruskan sepenuhnya menantu perempuannya dan seorang anak lelaki yang lain terpaksa membanting tulang mencari ikhtiar hidup menafkahi keluarga Mak Cik Salmiah.

Bergenang juga air mata kami ketika bersembang dan menyelami kehidupan mereka sebagai asnaf fakir miskin. Kami sampaikan sedikit sumbangan berupa kotak fidyah MAIS dan sedikit bantuan tunai untuk meringankan sedikit beban keluarga Mak Cik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top