Kotak Kebaikan untuk Gaza Emergency Relief Fasa 2 diteruskan

Alhamdulillah dengan jayanya fasa kedua untuk sumbangan yang tertangguh tempoh hari telah disampaikan dengan jayanya oleh rakan strategik kita digaza.
Terima Kasih juga kepada rakan kerjasama strategik Malaysia iaitu Ihsan Madani dan SURAU AL-FALAH TMN SEMPAUL, SEMPORNA kerana membantu kami dalam penggalangan dana untuk membantu mengumpul dana bersama.
Tim bertungkus lumus menyiapkan kotak kebaikan walaupun dalam kesukaran
Kotak berisi keperluan makanan yang mudah dimakan daripada makanan bertin dan yang mudah disediakan tanpa memerlukan gas dan kayu api sebab kita semua sedia maklum bahawa bekalan gas di gaza sudah terputus sejak perang. Apatah lagi kalau mereka nak mengharapkan penggunaan kayu api memang jauh sekali kerana faktor muka bumi gaza sendiri yang tidak mempunyai hutan.
Dicelah-celah runtuhan dan kerosakan kami santuni
Insha Allah kami sedang menyusun bantuan susulan khusus untuk projek musim sejuk yang mana hampir sebahagian besar rakyat Gaza kehilangan tempat tinggal. Jadi kami sedaya upaya untuk menyampaikan dana kepada mereka untuk mendapatkan kelengkapan untuk bersedia musim sejuk yang hampir pasti akan meragut nyawa.
Jutaan terima kasih juga kami nak sampaikan khusus buat semua penyumbang yang tidak pernah kedekut mengalirkan pahala untuk rakyat Gaza. Sesungguhnya niat dan usaha anda meringankan bebanan mangsa perang gaza akan dinilai oleh Allah swt sebagai amal yang mulia disisi NYa.
Jom Terus membantu Gaza.
Ikuti kami di: https://t.me/bhumanity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top