Infaq Quran Buat Saudara Muslim Dhuafa' dan Muallaf

Pedalaman BORNEO & ASEAN

Ringkasan Projek Infaq Quran Dhuafa' & Muallaf

Mewariskan kitab suci al-Quran, kitab tafsir al-Quran, mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya. Samaada untuk ahli keluarga dirumah, untuk sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz dan untuk perpustakaan awam. Selagi kitab-kitab tersebut digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan maka orang yang mewakafkan akan mendapat pahala yang berterusan. Sebanyak 1000 Naskah Al-Quran, Iqra’ dan Kitab Agama disasarkan untuk disumbangkan pada tahun ini untuk diagihkan kepada anak-anak Huffaz di Pedalaman Borneo (Sabah & Sarawak) dan ASEAN (Utara Thailand, Laos, Kemboja & Vietnam).

Borderless Humanity (B-Humanity) @ Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan mengambil inisiatif bekerjasama dengan beberapa NGO Lokal Malaysia di Borneo dan Rakan Strategik di Luar Negara bagi membantu menyelaras dan mengagihkan Al-Quran dengan sempurna.

Hadith yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.A bahawa beliau berkata:

Maksudnya: Sesungguhnya seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Sesungguhnya ibuku meninggal secara mengejut (tiba-tiba), aku menyangka kalau dia dapat bercakap nescaya dia akan bersedekah, maka adakah dia mendapat pahala sekiranya aku bersedekah untuknya?” Rasulullah SAW menjawab: “Ya.”

Riwayat Bukhari (1388)

Oleh itu, kami ingin anda bersama-sama kami dalam Projek Infaq Quran Buat Saudara Muslim Dhuafa' dan Muallaf.
"Hampir setiap hari kami membaca Al-Quran...Tapi Kami terpaksa berkongsi Quran yang lusuh..."
Pelajar Dhuafa’ dan Muallaf
Inilah rutin pelajar-pelajar tahfiz dan pelajar muallaf yang sudah Islam menjadikan Al-Quran sumber panduan dan bacaan setiap hari.
Semenjak mereka memeluk Islam, mulut mereka tidak lekang membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Mereka semua ini dengan Al-Quran sangat rapat macam sahabat.
Kami melihat mata anak-anak ini tidak pernah letih melihat tulisan Al-Quran.
Rutin harian mereka kalau ada masa terluang pasti akan diisi dengan mengulangkaji Al-Quran.
InshaAllah, pahala akan sentiasa dan terus mengalir selagi mana Al-Quran / Iqra’ / Buku Agama yang tuan puan wakafkan itu dibaca bergenerasi.

Sedih Tengok al-Quran yang Anak-anak gunakan Uzur dan Lusuh

Sudahlah uzur dan lusuh, ada juga pusat tahfiz / pusat pengajian muallaf ini yang memerlukan Al-Quran, Iqra’ dan Buku Agama kerana:

  • Kekurangan dana untuk membeli Al-Quran, Iqra’ dan buku agama yang baru
  • Pelajar semakin bertambah dan tidak cukup dengan jumlah Al-Quran dan Iqra’ yang ada.

Kami yakin, Al-Quran yang tuan puan wakafkan akan kami agihkan kepada Insan yang betul-betul memerlukan dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Untuk setiap huruf, setiap ayat yang disampaikan dari al-Quran yang anda berikan,

Semoga Allah SWT merahmati dan memberi ganjaran hingga ke akhirat.

Antara Bukti Quran yang Telah Diagihkan Sebelum Ini

Misi Infaq Quran Dhuafa' & Muallaf : Buat Saudara Muslim & Muallaf di ASEAN

Misi Infaq Quran Huffaz Anak Asnaf & 'Home Stateless' : Buat Muslim di Pedalaman Sabah & Sarawak

Misi Infaq Quran Huffaz : Buat Anak Tahfiz di Pusat Pengajian Quran

Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam merialisasikan projek infaq Quran ini. Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.
Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya).

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Scroll to Top