INFAQ QURAN UNTUK
SAUDARA MUSLIM DI AFRIKA

Uganda, Cameroon, & Chad

Amalan Terbaik Untuk Arwah Ibu Dan Ayah Kita yang Telah Tiada

Pernahkah anda tertanya-tanya.. Jika si mati boleh bercakap, apakah amalan yang disyariatkan untuk kita lakukan bagi pihak mereka?

Hadith yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.A bahawa beliau berkata:

Maksudnya: Sesungguhnya seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Sesungguhnya ibuku meninggal secara mengejut (tiba-tiba), aku menyangka kalau dia dapat bercakap nescaya dia akan bersedekah, maka adakah dia mendapat pahala sekiranya aku bersedekah untuknya?” Rasulullah SAW menjawab: “Ya.”

Riwayat Bukhari (1388)

Oleh itu, kami ingin anda bersama-sama kami dalam Projek Infaq Quran Untuk Saudara Muslim di Afrika.

Perkara yang tidak diketahui wujud di Afrika

Terdapat hanya beberapa sekolah yang menyediakan pendidikan Islam.
Kebanyakan Madrasah di Afrika Dhaif dan Miskin.
Kebanyakan madrasah di Afrika tidak mempunyai dana untuk memberikan kemudahan terbaik kepada pelajar.
Sebahagian daripada pelajar terpaksa mengoyakkan helaian al-Quran untuk berkongsi dengan orang lain.
Berkongsi Al-Quran pada satu masa adalah ‘normal’ disana kerana masalah kemiskinan dan tidak mampu memiliki Al-Quran sendiri.
Ini adalah bagaimana mereka lakukan untuk meningkatkan hafalan mereka yang dengan berganti-ganti menggunakan Al-Quran dalam setiap waktu sehingga Al-Quran menjadi lusuh dan koyak.
Madrasah mereka dalam keadaan uzur dan dhaif.
Keadaan dalam kelas juga menunjukkan ‘simplenya’ sekolah mereka tetapi semangat belajar mereka tinggi terhadap Al-Quran.

Jom ubah masa depan anak-anak Islam kita

Tahun demi tahun, kami meningkatkan usaha kami dengan meninggalkan kesan positif untuk kedua-dua rakyat Afrika dan Malaysia.
Kami bukan sahaja mengedarkan al-Quran, tetapi kami mahu memastikan semua orang boleh membaca dan memahaminya.

Tuai pahala bagi Arwah Ibu dan Ayah yang telah Tiada

Dengan bermula dari (RM50/nama @ penginfaq) atau (RM 200/4 nama @ keluarga) anda akan dapat membangunkan generasi al-Quran yang profesional hasil daripada wakaf anda.
Untuk setiap huruf, setiap ayat yang disampaikan dari al-Quran yang anda berikan,

Semoga Allah SWT merahmati dan memberi ganjaran hingga ke akhirat.

NOTA PENTING: NIAT NAZAR

“Saya dengan ini memberi INFAQ (jumlah INFAQ) atas nama yang disebutkan (nama orang yang berINFAQ) untuk mengedarkan naskhah al-Quran kepada umat Islam di Afrika yang diuruskan oleh B-Humanity @ Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan.

 

SASARAN KUTIPAN DANA

RM60,000.00

Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam merialisasikan projek infaq Quran ini. Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.
Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya).

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Scroll to Top