INFAQ PEMBINAAN
MASJID IBADUSSALAM
Nong Khai, Thailand
MASJID INI PERLU DIBAIK PULIH DAN
DISAMBUNG PEMBINAANNYA DENGAN SEGERA
Masjid Ibadussalam terletak di Timur Utara Nong Khai, Thailand. Masjid ini telah digerakkan projeknya sejak tahun 2016 dan siap separa di tingkat bawah pada tahun akhir 2018. Masjid ini telah dibangunkan oleh Yayasan As-Salam wilayah Khon Khaen yang digerakkan oleh seorang Mudir bernama Ustaz Osman yang berhijrah dari selatan Fathoni untuk menyebarkan dakwah di utara dan timur Thailand. Akibat kekurangan dana, masjid ini terhenti seketika proses pembangunannya akan tetapi program dakwah dan pengimarahan masjid tersebut tetap berjalan seperti biasa.
Nong Khai merupakan salah satu negeri di Timur Utara Thailand yang letaknya 900 km daripada bandar Bangkok. Nong Khai juga terletak bersebelahan dengan Negara Laos yang mana jaraknya sekitar 20 km sahaja daripada sempadan negara antara Thailand dan Laos.
Pemandangan bumi Nong Khai bersebelahan dengan Vientiane, Laos
Pekan Nong Khai, Thailand
Masjid Ibadussalam ini menjadi wadah dan pembangunan Islam khususnya buat warga Muallaf yang berada di sekitar Nong Khai, jiran bersebelahan wilayah Udon Thani dan Khon Kaen. Semarak penyebaran syiar Islam di Bumi Timur Utara Thailand ini semakin berkembang pesat. Setiap tahun ada peningkatan keluarga dan individu yang memeluk Islam dan menariknya semakin banyak komuniti Not Yet Muslim yang bertanya-tanya dan datang ke Masjid Ibadussalam ini untuk mengenal Islam. Selain tempat ibadah, Masjid Ibadussalam juga terkenal dengan jolokan Pusat Dakwah Islam Nong Khai yang memberi ruang kepada bukan Islam mengenal Islam.
Ketika kunjungan Tim B-Humanity ke sana tempoh hari dalam rangka melaksanakan program Ibadah Qurban, ada beberapa individu dan keluarga yang memeluk agama Islam. Subhanallah, satu kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan apabila dapat menyantuni mereka dan memperkenalkan Islam dengan cara Dakwah Bil Hal.
Kamu tidak akan dapat mencapai darjat kebajikan sehingga kamu membelanja sebahagian dari harta yang kamu kasihi.
Surah Al ‘Imran, ayat 92
APA MASALAH YANG TERJADI KEPADA MASJID IBADUSSALAM?
Tingkat atas yang terbengkalai dan memerlukan dana pembinaan seterusnya
Lantai tingkat atas masjid berlumut akibat sudah lama terbengkalai
Pelan pembinaan Masjid Ibadussalam setinggi 2 tingkat
Lakaran dalaman Masjid Ibadussalam
KEROSAKAN YANG BERLAKU SETELAH PENANGGUHAN PROJEK YANG LAMA
Atap dan syiling tingkat bawah bocor kerana sering dimasuki air ketika hujan kerana tingkat atas tidak mempunyai atap yang lengkap.
Marmar terbuka dan retak akibat air hujan melimpah masuk ketingkat bawah. Ditambah pula faktor taburan hujan yang tinggi di utara Nong Khai.
JOM BANTU RINGANKAN PIHAK YAYASAN AS-SALAM MENERUSKAN PEMBINAAN MASJID UNTUK TINGKAT 2
Sesiapa yang membina masjid yang dengannnya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.
HR al-Bukhari dan Muslim
Bagi fasa baik pulih dan penerusan projek ini,
Masjid Ibadussalam memerlukan dana sebanyak
RM80,000.00
secara keseluruhan yang melibatkan:
- Atap bumbung
- Pemasangan syiling
- Kayu tambahan
- Batu-bata
- Simen dan bancuhan
- Kos pembelian barang mentah
- Upah pekerja
- Lain-lain kos
KAMI MEMBUKA RUANG INFAQ / WAKAF 1 LOT SERENDAH RM50 (1,600 PENGINFAQ / PEWAKAF DIPERLUKAN)
Dikesempatan ini, pihak BH ingin mengajak muslim dan muslimat sekalian untuk bersama-sama menghulurkan tangan menjayakan projek Infaq Pembinaan Masjid Ibadussalam. Insya-Allah semoga Allah memberkati usaha murni kita ini.
“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat beri faedah dan anak soleh yang mendoakannya.”(Hadis Riwayat Muslim)
Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi baik pulih dan pembinaan Masjid Ibadussalam, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk baik pulih surau/masjid yang lain atau akan dibawa ke fasa projek seterusnya.