INFAQ BAIK PULIH
SURAU PEDALAMAN

Sabah dan Sarawak

"Surau ini memang nampak je dari luar macam kuat, tetapi sebenarnya sudah uzur dan bila-bila masa sahaja tunggu masa untuk roboh. Banyak atap yang sudah bocor, lantainya yang pecah dan tikar-tikar semua tidak boleh digunakan lagi."
Ustaz Ismail

KENAPA KITA PERLU MENCARI DANA UNTUK MEMBAIK PULIH PROJEK SURAU INI?

Sekiranya anda semua lihat gambar-gambar keadaan surau yang kami tinjau, rata-ratanya keadaan surau ini sangat uzur dan dhaif serta tidak boleh dibayangkan oleh kita disini bagaimana masyarakat disana masih boleh menggunakan khidmat surau tersebut walaupun sudah uzur dan terlalu usang. Hampir kebanyakan surau yang kami lawat juga sudah mengalami banyak kerosakan dan perlu dibaik pulih dengan segera.

Lantai surau yang dimakan anai-anai serta rosak akibat kerap kali banjir.

Lantai surau yang reput dan pecah dimamah usia.

Walaubagaimanapun, mereka tidak pernah kecewa dan menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak terus beribadah dan terus mengimarahkan rumah Allah meskipun kedengaran azan sayup-sayup ditelinga dek kerana sistem pembesar suaranya sudah lama rosak serta audio sistemnya juga sudah lama tidak dibaiki dan telah digunakan hampir 2 ke 3 generasi.

Baik pulih Surau Kulapuan 1 di Semporna, Sabah.

Baik pulih Surau Darus Solihin di Hilir Serian, Saarawak.

Baik pulih Surau Kg. Tanjung Latap di Sibu, Sarawak

Saudara Muslim kita yang berada di pedalaman Sarawak dan Sabah memerlukan keprihatinan rakyat Malaysia. Membantu projek baik pulih surau-surau dhaif khususnya di pedalaman dan luar bandar sebenarnya dapat membantu masyarakat di sana dalam mendapatkan keselesaan, kemudahan dan sekaligus melancarkan proses aktiviti keagamaan mahupun kemasyarakatan di sana.

Jika anda tengok gambar-gambar keadaan surau di atas, anda boleh bayangkan keadaan surau-surau di kawasan pedalaman yang telah kami lawati semasa misi bantuan pasukan B-Humanity ke Sarawak dan Sabah. Keadaan surau-surau di pedalaman ini uzur dan mengalami banyak kerosakan.

Siling yang bocor dan tertanggal akibat atap bocor.

Tingkap yang sudah uzur dan rosak.

Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Tempat yang paling disukai Allah di dalam sesuatu negeri itu ialah masjid-masjidnya."

HR Muslim

Infaq ialah suatu yang diberikan untuk kepentingan dan kegunaan orang ramai dengan tujuan untuk mendapatkan kebaikan dan keredhaan Allah SAW. Amalan berinfaq merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah selagi mana harta yang diinfaqkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Ganjaran pahalanya akan terus berkekalan walaupun penginfaq itu telah meninggal dunia.

TAHAP-TAHAP BAIK PULIH & PEMBANGUNAN

Menilai tahap baik pulih sama ada merobohkan semula atau menukar baru perkara asas surau seperti atap, bumbung, lantai, dinding, tingkap dan pintu yang sudah rosak.

Membaik pulih tandas dan membina sistem pengairan serta pempaipan atau pun sistem tangki air simpanan untuk memudahkan para jemaah mengambil wudu’ dalam keadaan mudah dan selesa.

Melengkapkan keperluan surau seperti sistem eletrik ataupun sistem solar.

Melengkapkan keperluan dalaman surau seperti Al-Quran, Alat pembesar suara, Sistem Siaraya, Sejadah, Telekung, Tikar, Kipas dan lain-lain keperluan surau.

SENARAI PENUH SURAU YANG PERLU DIBAIK PULIH

Dikesempatan ini, pihak BH ingin mengajak muslim dan muslimat sekalian untuk bersama-sama menghulurkan tangan bersama-sama menjayakan projek baik pulih dan pembangunan surau di pendalaman ini. Insya-Allah semoga Allah memberkati usaha murni kita ini.
“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat beri faedah dan anak soleh yang mendoakannya.”(Hadis Riwayat Muslim)

Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi fasa pertama, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk baik pulih surau/masjid yang lain atau akan dibawa ke fasa kedua.

Scroll to Top