INFAQ BAIK PULIH
RUMAH ASNAF
Malaysia
TERATAK UZUR DAN USANG
TEMPAT BERTEDUH MEREKA SEKELUARGA
TEMPAT BERTEDUH MEREKA SEKELUARGA
Rumah Encik Khairul ketika Tim B-Humanity melakukan ziarah pada program Singgah Sahur.

Dalam ruang program Singgah sahur kelmarin, tidak kami sangka bahawa rumah yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan dan tempat anak-anak berteduh dari hujan dan panas menunggu masa dan ketika untuk rebah dan rosak.
Kalau nak dibandingkan dengan rumah atau kediaman kita sangat jauh berbeza. Mereka masih lagi menggunakan perlatan tradisional dan dhaif manakala kita semuanya sudah serba lengkap moden.
Kita cuba imaginasi bagaimana asnaf-asnaf ini boleh tinggal didalam sebuah rumah sempit, atap bocor, dinding dari zink, struktur binaan rumah yang lama sangat tidak mengizinkan penghuninya tinggal begitu lama di situ.
Layakkah rumah seperti ini wujud dan dihuni oleh sesiapa sahaja? Sedangkan kita dapat tahu bahawa Malaysia merupakan Negara yang mempunyai rakyat yang bersifat sangat PEMURAH.
AYUH BANTU KELUARGA EN. EFFENDI

Cerita ini bukanlah satu rekaan semata-mata, akan tetapi Tim B-Humanity sendiri telah turun padang dan melihat sendiri dengan mata kasar kami bahawa keluarga En. Effendi telah menetap di sebuah Rumah Zink bersaiz 10×20 kaki.

Rumah Asnaf yang sebesar 10×20 kaki sahaja.
MASIH ADAKAH YANG PEDULI DENGAN NASIB YANG MENIMPA PAK CIK ALI?
Pak Cik Ali tinggal berseorangan di Rumah Sementara beliau yang beliau bina sendiri daripada hasil pekerjaan beliau yang disimpan selama ini secara beransur-ansur.
Rumah yang Pak Cik Ali diami sekarang ini menunggu tempoh masa diroboh dan berpindah ketempat lain. Saiz rumah beliau sangat kecil berukuran 6×10 kaki dan sangat sempit sehinggakan tiada ruang untuk tetamu masuk ketika mengunjungi beliau baru-baru ini.
Rumah kita semua berdiri teguh sehinggakan adanya bertingkat-tingkat dan mempunyai kolam renang peribadi. Kita bandingkan dengan Pak Cik Ali, rumah beliau sangat dhaif dan perlu berpindah segera sebelum dirobohkan oleh pihak PBT kerana tanah yang beliau dirikan rumah sekarang telah memasuki tanah rizab kerajaan.
Ini bukan kisah atau situasi di negara lain. Tetapi inilah kehidupan sebenar yang terpaksa dilalui oleh mereka.
Sudahlah wang upah hasil bekerja setiap hari hanya cukup-cukup makan sahaja, inikan pula mahu membeli barangan rumah mahupun mencantikkan keadaan rumah yang sudah usang dan uzur.
JOM INFAQ SEGERA!!! JANGAN TERLEPAS PELUANG BERINFAQ MEMBANTU MEREKA KELUAR DARIPADA ZON PERMASALAHAN HIDUP

KENAPA KITA PERLU MEMBANTU DAN BERINFAQ?
- Tiada sumber pendapatan tetap untuk membayar sewa dan kos utiliti lain secara konsisten.
- Tandas rosak dan sistem pengairan dan saliran yang kurang bagus.
- Rumah yang terlalu usang dan mengunggu masa untuk roboh.
- Mengelakkan rumah daripada dipecah masuk oleh penyamun.
- Mengelakkan binatang buas dan berbisa daripada memasuki ruang rumah.
- Supaya dapat membantu lebih banyak golongan asnaf yang memerlukan.
“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud”
HR al-Tirmizi

KOS YANG DIPERLUKAN
Anggaran untuk Baik Pulih Rumah Asnaf untuk Projek Pertama ini adalah sebanyak