PROJEK INI TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN
INFAQ TELAGA AIR
TAHFIZ ULUM ARABIAH
Kuala Ketil, Kedah
INFAQ TELAGA AIR DEMI PAHALA YANG BERPANJANGAN UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ
Pusat Pengajian Ulum Arabiah dan Pondok Warga Emas terletak di Kg Sungai Darak, Kuala Ketil, Kedah. Pusat pengajian ini merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang berteraskan pembelajaran tahfiz menggunakan kitab-kitab turath (kitab kuning). Selain itu, pihak Pusat Pengajian Ulum Arabiah juga memberikan khidmat menjaga anak-anak yatim serta warga emas secara percuma.
Kini pihak Ulum Arabiah sedang dalam proses menyiapkan beberapa lagi rumah untuk warga emas dan anak yatim berlindung disitu disamping memberikan peluang kepada guru-guru berbakti kepada Ulum Arabiah.
Pemandangan dari udara Pusat Pengajian Ulum Arabiah
MAJLIS TANDATANGAN PERJANJIAN MOU DAN PECAH TANAH
BERSAMA ULUM ARABIAH DAN IHSAN MADANI
MENGAPA MEREKA MEMERLUKAN PROJEK TELAGA AIR INI?
Pihak ulum Arabiah kini memerlukan bantuan awam untuk melestarikan projek telaga air mereka yang mana antara permasalahan utama yang sering mereka hadapi adalah sering terputus bekalan air serta tekanan air yang sangat rendah menyebabkan mereka kekurangan sumber air bersih.
Oleh itu, Mudir Pusat Pengajian berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali tanah untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada sumur yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Rentetan daripada beberapa masalah yang dihadapi, Mudir membuat keputusan mereka memerlukan sumber air tambahan iaitu daripada telaga untuk disalurkan terus kerumah-rumah dan seluruh kompleks pusat pengajian berkenaan.