INFAQ AIR BERSIH UNTUK
PUSAT TAHFIZ AL-FURQAN

Baling, Kedah

INFAQ AIR BERSIH DEMI PAHALA YANG BERPANJANGAN UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ

Pertubuhan Kemanusaan Tanpa Sempadan @ B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air.  Air merupakan sumber utama kehidupan bagi apa sahaja hidupan di muka bumi ini. Semasa tinjauan dan jelajah Tim B-Humanity ke lapangan, kami mendapati banyak institusi agama mengalami masalah air yang sangat teruk.

Pusat Tahfiz Al-Furqan memerlukan keprihatinan kita semua

Pusat Tahfiz Al-Furqan terletak di Kg Lanai, Kuala Ketil, Kedah Darul Aman. Pusat Tahfiz ini mempunyai pelajar hampir seramai 30 orang.
Kami telah melawat tahfiz ini sebanyak 2 kali dan merasakan keperluan yang sangat tinggi untuk kita bersama menaja dan memberikan infrastruktur air bersih untuk Tahfiz Al-Furqan ini.

Projek Pembinaan Sistem air bersih sangat diperlukan oleh Maahad Tahfiz Al-Furqan kerana hampir sebegitu lama,
tahfiz ini mengalami masalah tekanan air rendah, punca air yang berkeladak, tidak bersih dan berwarna kuning.

KENAPA KENA BANTU TAHFIZ AL-FURQAN?

Lokasi Pusat Tahfiz Al-Furqan dimana akan dibangunkan projek telaga air dan sistem saliran bersistematik

ADA MASALAH AIR KE? TAK GUNA PAM AIR KE? TAK ADA BUAT TADAHAN AIR HUJAN KE?

SISTEM TADAHAN AIR HUJAN JUGA DILAKSANAKAN OLEH MUDIR, TAPI TIDAK MAMPU BERTAHAN LAMA DAN SERING MENGALAMI MUSIM KERING
KOLAM TADAHAN AIR PUN TIDAK DAPAT DIISI DENGAN SEBAIKNYA KERANA FAKTOR TEKANAN RENDAH DAN PAM AIR KERAP MENGALAMI KEROSAKAN‚Äč
BEGINILAH KEADAAN SETIAP HARI, PAM AIR TIDAK DAPAT MENGEPAM BANYAK AIR DI KOLAM TANGKI TAMBAHAN DI LUAR ASRAMA TAHFIZ
PAM AIR SERING BERGANTI TETAPI KEROSAKAN AKAN KERAP BERLAKU JUGA SELAIN KELIHATAN KEADAAN AIR YANG BEGITU BERMINYAK
Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan @ Borderless Humanity Mengambil Tindakan Proaktif untuk membantu menyelesaikan masalah Pusat Tahfiz Al-Furqan yang berlaku selama ini
Perjanjian tandatangan MOU diantara 2 penaja bersama iaitu B-Humanity dan Ihsan Madani serta Pusat Tahfiz Al-Furqan sebagai penerima manfaat
Alhamdulillah pada bulan Oktober 2023 yang lalu, B-Humanity bersama Ihsan Madani sebagai Rakan Strategik menandatangani satu perjanjian persefahaman MOU dengan Pusat Tahfiz Al-Furqan dan Syarikat Kontraktor yang bertauliah.
Pelan Cadangan yang sedang dibangunkan di Pusat Tahfiz berkenaan untuk projek Water 4 Jannah

BERAPA KOS YANG DIPERLUKAN?

KEMAS KINI FASA 1

Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam merialisasikan projek air ini. Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah Al-Baqarah : 261)
Scroll to Top