INFAQ AIR BERSIH UNTUK
PONDOK IBADURRAHMAN
Pattani, Thailand
PROJEK PEMBINAAN SISTEM AIR BERSIH YANG BERSISTEMATIK
B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) serta Himpunan Masyarakat Sipil Untuk Kedamaian (Selatan Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air. Air merupakan sumber utama kehidupan bagi apa sahaja hidupan di muka bumi ini. Semasa tinjauan dan jelajah Tim B-Humanity ke lapangan, kami mendapati banyak Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah mengalami masalah air yang sangat teruk.
B-Humanity bersama rakan NGO berhasrat untuk meneruskan projek air yang telah siap kami laksanakan sebelum ini, untuk dibawa kedepan bagi dilaksanakan di Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah yang lain.
Lokasi pondok sementara yang mana pondok tersebut akan dipindahkan secara kekal ditanah sebelah pondok terbabit dan memerlukan satu sistem telaga air yang lebih sistematik dan bersih.
APA MASALAH YANG MEREKA HADAPI?
Banggunan pondok lama yang pada dahulunya dijadikan kelas pengajian utama. Akan dirobohkan dan dibina penempatan baru setelah adanya projek air bersih yang akan digerakkan nanti.
Sistem air masih lagi menggunakan air Masjid yang mana mendapat simpati Ihsan Jawatankuasa dan Jemaah Masjid berdekatan.
Adakalanya bekalan air akan terputus juga ketika musim kemarau tiba.
KENAPA KITA INGIN BANTU PONDOK IBADURRAHMAN?
Mereka mempunyai pelajar-pelajar tahfiz yang mana mereka inilah yang akan mendoakan kita semua para penyumbang bagi setiap sumbangan yang kita salurkan kepada anak-anak hafiz ini.
Air yang mereka gunakan adalah untuk minum, memasak, basuh pakaian, mandi dan kegunaan seharian.
USAHA MENGGERAKKAN PROJEK WATER 4 JANNAH @ SISTEM AIR BERSIH
Pondok Ibadurrahman Kg Braul sangat memerlukan projek penambahbaikan sistem bekalan air bersih diatas kekangan dana dan sebab-sebab yang dinyatakan diatas.
Oleh itu, B-Humanity telah bertemu dengan Mudir Madrasah berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali telaga baru yang lebih dalam untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada sumur yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Selain perlunya penapis air dan tangki simpanan yang besar untuk memberi manfaat bukan sahaja penggunaan Jemaah Masjid dan Pusat Tahfiz, malah ia juga dapat memberi manfaat kepada komuniti kampung yang terkesan disana.