INFAQ AIR BERSIH UNTUK
MASJID DARUSSALAM

Yala, Thailand

PROJEK PEMBINAAN SISTEM AIR BERSIH YANG BERSISTEMATIK

B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) serta Himpunan Masyarakat Sipil Untuk Kedamaian (Selatan Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air. Air merupakan sumber utama kehidupan bagi apa sahaja hidupan di muka bumi ini. Semasa tinjauan dan jelajah Tim B-Humanity ke lapangan, kami mendapati banyak Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah mengalami masalah air yang sangat teruk.

B-Humanity bersama rakan NGO berhasrat untuk meneruskan projek air yang telah siap kami laksanakan sebelum ini, untuk dibawa kedepan bagi dilaksanakan di Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah yang lain.

Gambar dari drone menunjukkan Masjid Darussalam Kampung Labu menjadi nadi utama orang kampung khususnya bagi melaksanakan solat 5 waktu, program ibadah, dan majlis kemasyarakatan setempat. Masjid juga menjadi lokasi utama tempat pengumpulan air hujan yang ditempatkan kedalam 3 tangki besar sumbangan badan kerajaan.

APA MASALAH YANG MEREKA HADAPI?

Masyarakat Kampung Labu perlu berjalan sejauh 3KM untuk mendapatkan sumber air
Sumber air mata air di dalam hutan
Walaupun mereka mempunyai tangki simpanan yang besar dan banyak, mereka masih bergantung dengan sumber air hujan yang puratanya akan terhenti ketika musim kemarau dan panas berpanjangan. Oleh itu, tangki simpanan akan kekeringan selama 2 - 4 bulan.
Keadaan dalam tangki yang masih berbaki sisa berapa liter sahaja khas buat penggunaan mengambil wudu' dan simpanan untuk kegunaan tandas masjid.
Kami dibawa melawat dengan mata kami sendiri bagaimana susahnya mereka meredah hutan sejauh 3KM setiap hari hanya untuk mendapatkan segelen air dan akan kembali semula untuk mendapatkan keperluan seterusnya. Begitulah setiap hari, bulan dan kehidupan seharian mereka.
Antara inisiatif lain, mereka akan ke punca mata air didalam hutan tadi kemudian mereka pindahkan sementara kedalam tong plastik di atas pacuan 4 roda kemudian mereka salurkan ke setiap rumah warga kampung demi keperluan seharian.
Inilah lokasi air mata air yang Allah anugerahkan kepada penduduk kampung disini, akan tetapi mereka TIADA DANA untuk membina takungan kolam besar dan membeli pam air berkuasa tinggi bagi mengepam masuk ke dalam tangki simpanan di masjid. Sebab itu, perlunya kita bina kolam takungan di sini disamping meletakkan satu pam air berkuasa tinggi dan sistem solar yang baik untuk digerakkan setiap hari ke tangki simpanan.

USAHA MENGGERAKKAN PROJEK WATER 4 JANNAH @ SISTEM AIR BERSIH

Kampung Labu sangat memerlukan projek penambahbaikan sistem bekalan air bersih diatas kekangan dana dan sebab-sebab yang dinyatakan diatas. Oleh itu, B-Humanity telah bertemu dengan Mudir Madrasah berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali telaga baru yang lebih dalam untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada sumur yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Selain perlunya penapis air dan tangki simpanan yang besar untuk memberi manfaat bukan sahaja penggunaan Jemaah Masjid dan Pusat Tahfiz, malah ia juga dapat memberi manfaat kepada komuniti kampung yang terkesan disana.

Masjid Darussalam yang indah namun masalah air yang belum sempurna sehingga sekarang
Perjanjian MOU dimeterai diantara dari kanan Civil Society Asembly For Peace (CAP - Rakan Strategik Thailand), Imam Masjid Darussalam Kampung Labu, B-Humanity (Penaja Projek), Ihsan Madani (Penaja Bersama @ Rakan Strategik Malaysia)

TAHUKAH ANDA SEBELUM INI KAMI TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN PROJEK AIR BERSIH @ WATER 4 JANNAH?

SISTEM TELAGA AIR BERSIH YANG LEBIH BERSISTEMATIK BERPANDUKAN PROJEK LEPAS

Sistem yang lengkap dengan moto pam, DB eletrik, Penapis Air serta saliran paip terus ke tandas, pusat pengajian dan perumahan asrama.
Kemudahan tangki septik bagi pembuangan sisa kotoran dan najis serta tangki simpanan air bertingkat.

APA YANG PERLU DILAKSANAKAN?

BERAPA KOS YANG DIPERLUKAN?

RM100 ribu yang diperlukan merangkumi sistem air di masjid dan Kampung Labu
Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam merialisasikan projek air ini. Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah Al-Baqarah : 261)
Scroll to Top