INFAQ AIR BERSIH UNTUK
MAAHAD TARBIAH WA DAKWAH ISLAMIAH

Yala Lama, Thailand

TERUSKAN MENEROKA SAHAM AKHIRAT DENGAN PAHALA YANG MENGALIR UNTUK IBU DAN AYAH ANDA YANG SUDAH TIADA MELALUI INFAQ AIR BERSIH DI MAAHAD TARBIAH WA DAKWAH ISLAMIAH

Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek Infaq Air Bersih ini.
Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.


Untuk makluman, Pertubuhan Kemanusaan Tanpa Sempadan @ B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) dan Civil Society Assembly for Peace – CAP (Patani, Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air di wilayah Islam di Selatan Thailand. Sepanjang tinjauan kami di wilayah selatan, hampir kebanyakan sekolah/pondok/maahad DLL menggunakan air telaga dan tadahan air hujan untuk penggunaan air seharian mereka.

MAAHAD TARBIAH WA DAKWAH ISLAMIAH

Maahad Dakwah Tarbiah Wa Dakwah Islamiah (MDTDI) @ Thammasad Inslam School @ Institute of Education & Islamic School terletak di Wilayah Yala Lama, Thailand. Maahad ini mempunyai pelajar hampir 500 orang termasuk lelaki dan perempuan. MDTDI mempunyai asrama dan kesemua pelajar menginap diasrama yang serba kekurangan dan dhaif.
Projek Infaq Air Bersih sangat diperlukan oleh mereka kerana sehingga kini mereka bergantung penuh dengan telaga air yang lama yang sudah uzur dan adakalanya sering terputus bekalan air kerana tekanan air tidak sampai dibeberapa bahagian tadahan tangki air.
Bagi asrama lelaki pula mereka memerlukan satu kawasan tandas dan tempat mandi tertutup kerana selama ini kawasan kolah telaga air lama mereka tidak bertutup dan berbumbung. Usia telaga dan kolah mandi tersebut juga sudah memakan usia puluhan tahun.
Selain mengalami masalah air di asrama lelaki dan perempuan, MDTDI juga mengalami masalah asrama yang sudah uzur dan ada kebanyakan menunggu masa rebah kebumi. Dengan keadaan asrama yang sempit, kecil dan terpaksa berkongsi ruang dengan jumlah pelajar yang padat menyebabkan keperluan segera membaik pulih beberapa lokasi bilik asrama dan ruang tandas.

KENAPA KITA PERLU BANTU MAAHAD INI?

Anak-anak pengajian disini terdiri dari golongan anak-anak asnaf fakir miskin dan ada diantaranya daripada anak yatim dan yatim piatu. Selain itu juga, anak-anak disini dididik dengan pendidikan agama yang tinggi dan ada beberapa anak-anak didik disini merupakan hafiz Al-Quran.
Pengurusan MDTDI juga menawarkan pendidikan percuma kepada seluruh anak-anak pengajian disini. Oleh sebab itu antara faktor utama kenapa kita perlu bantu MDTDI ini sebab mereka ketiadaan dana yang besar untuk membangun dan membaik pulih keperluan-keperluan terdesak seperti Baik Pulih Asrama, Bina Tandas dan Bilik Air serta projek Gali Air Baru bagi menampung penggunaan kapasiti yang semakin meningkat setiap hari untuk pelajar-pelajar tersebut.

TAHUKAH ANDA SEBELUM INI KAMI TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN PROJEK AIR BERSIH @ WATER 4 JANNAH?

SISTEM TELAGA AIR BERSIH YANG LEBIH BERSISTEMATIK BERPANDUKAN PROJEK LEPAS

Sistem yang lengkap dengan moto pam, DB eletrik, Penapis Air serta saliran paip terus ke tandas, pusat pengajian dan perumahan asrama.
Kemudahan tangki septik bagi pembuangan sisa kotoran dan najis serta tangki simpanan air bertingkat.

BERAPA KOS YANG DIPERLUKAN?

Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam merialisasikan projek air ini. Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah Al-Baqarah : 261)
Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi PROJEK AIR BERSIH INI, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk PROJEK YANG LAIN ATAU sumbangan projek umum.
Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir. ‘Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi’.
Scroll to Top