INFAQ AIR BERSIH UNTUK
MAAHAD NURIL HAYAT

Yala, Thailand

GANDAKAN PAHALA YANG MENGALIR UNTUK IBU DAN AYAH ANDA YANG SUDAH TIADA DENGAN INFAQ AIR BERSIH DI MAAHAD NURIL HAYAT

Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek Infaq Air Bersih ini.
Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.


Untuk makluman, Pertubuhan Kemanusaan Tanpa Sempadan @ B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) dan Civil Society Assembly for Peace – CAP (Patani, Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air di wilayah Islam di Selatan Thailand. Sepanjang tinjauan kami di wilayah selatan, hampir kebanyakan sekolah/pondok/maahad DLL menggunakan air telaga dan tadahan air hujan untuk penggunaan air seharian mereka.

MAAHAD NURIL HAYAT

Ma’ahad Nuril Hayat (MNH) @ Srichiwan Wittaya School terletak di Daerah Raman Wilayah Yala, Thailand. Maahad ini mempunyai pelajar hampir 200 orang termasuk lelaki dan perempuan. MNH mempunyai asrama dan kesemua pelajar menginap diasrama yang serba kekurangan.
Projek Infaq Air Bersih sangat diperlukan oleh mereka kerana sehingga kini mereka bergantung penuh dengan telaga air yang lama yang mereka gali kian berkurangan punca airnya. Selain air yang mereka dapatkan daripada telaga berkenaan tidak ditapis dan adakalanya berbau.
Masalah air tiada ditandas dan bilik air juga menjadi faktor utama kita ingin segerakan pembinaan baik pulih semula sistem saliran dan menggali telaga air baru yang lebih dalam dan dapat mencapai kepuasan air yang tidak terganggu lagi.
Atas masalah kekurangan dana dan sistem pengajian yang percuma kepada semua pelajar menyebabkan pihak pengurusan maahad tidak mampu menggantikan motor pam air setiap kali mengalami kerosakan.

KENAPA KITA PERLU BANTU MAAHAD TAHFIZ INI?

Anak-anak pengajian di sini kebanyakannya terdiri daripada kalangan asnaf dan ada daripadanya adalah anak yatim. Pihak MNH juga tidak mengenakan sebarang yuran bayaran untuk pengajian kepada setiap pelajar malah memberi ruang tempat tinggal kepada mereka walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Antara aktiviti anak-anak Maahad Nuril Hayat

Aktiviti lapangan anak-anak Maahad Nuril Hayat

TAHUKAH ANDA SEBELUM INI KAMI TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN PROJEK AIR BERSIH @ WATER 4 JANNAH?

SISTEM TELAGA AIR BERSIH YANG LEBIH BERSISTEMATIK BERPANDUKAN PROJEK LEPAS

Sistem yang lengkap dengan moto pam, DB eletrik, Penapis Air serta saliran paip terus ke tandas, pusat pengajian dan perumahan asrama.
Kemudahan tangki septik bagi pembuangan sisa kotoran dan najis serta tangki simpanan air bertingkat.

BERAPA KOS YANG DIPERLUKAN?

Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam merialisasikan projek air ini. Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah Al-Baqarah : 261)
Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi PROJEK AIR BERSIH INI, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk PROJEK YANG LAIN ATAU sumbangan projek umum.
Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir. ‘Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi’.
Scroll to Top