INFAQ AIR BERSIH UNTUK
MAAHAD NAHDAH SYABAB AL-ISLAMIAH

Narathiwat, Thailand

PROJEK PEMBINAAN SISTEM AIR BERSIH YANG BERSISTEMATIK

B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) serta Himpunan Masyarakat Sipil Untuk Kedamaian (Selatan Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air. Air merupakan sumber utama kehidupan bagi apa sahaja hidupan di muka bumi ini. Semasa tinjauan dan jelajah Tim B-Humanity ke lapangan, kami mendapati banyak Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah mengalami masalah air yang sangat teruk.

B-Humanity bersama rakan NGO berhasrat untuk meneruskan projek air yang telah siap kami laksanakan sebelum ini, untuk dibawa kedepan bagi dilaksanakan di Masjid/Surau/Pondok Tahfiz/ Madrasah yang lain.

Gambar drone menunjukkan keluasan sekolah dan asrama serta kepadatan penghuni yang ada di Maahad tersebut memberikan gambaran bahawa mereka tidak dapat menampung penggunaan air yang sangat tinggi setiap hari disamping tangki simpanan yang sangat terhad.

APA MASALAH YANG MEREKA HADAPI?

Pam air yang sudah terlalu lama dan uzur tidak mampu bertahan lagi untuk menyedut kuantiti air yang banyak.
Keadaan asrama yang padat dan rapat menceritakan lagi betapa ramainya pelajar dan penghuni yang mendiami asrama maahad berkenaan.
Air telaga yang kotor dan berwarna kekuningan.
Ini kolam takungan air yang berpunca dari sumber air bukit. Adakalanya bersih dan adakala keruh dan berlumut kerana tiada penapisan yang formal.
Air yang ditadah digunakan untuk memasak, mandi dan membasuh pakaian.

USAHA MENGGERAKKAN PROJEK WATER 4 JANNAH @ SISTEM AIR BERSIH

Maahad Nahdhah Syabab Islamiah sangat memerlukan projek penambahbaikan sistem bekalan air bersih diatas kekangan dana dan sebab-sebab yang dinyatakan diatas.
Oleh itu, B-Humanity telah bertemu dengan Mudir Madrasah berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali telaga baru yang lebih dalam untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada sumur yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Selain perlunya penapis air dan tangki simpanan yang besar untuk memberi manfaat bukan sahaja penggunaan Jemaah Masjid dan Pusat Tahfiz, malah ia juga dapat memberi manfaat kepada komuniti kampung yang terkesan disana.

TAHUKAH ANDA SEBELUM INI KAMI TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN PROJEK AIR BERSIH @ WATER 4 JANNAH?

SISTEM TELAGA AIR BERSIH YANG LEBIH BERSISTEMATIK BERPANDUKAN PROJEK LEPAS

Sistem yang lengkap dengan moto pam, DB eletrik, Penapis Air serta saliran paip terus ke tandas, pusat pengajian dan perumahan asrama.
Kemudahan tangki septik bagi pembuangan sisa kotoran dan najis serta tangki simpanan air bertingkat.

APA YANG PERLU DILAKSANAKAN?

BERAPA KOS YANG DIPERLUKAN?

RM100 ribu yang diperlukan merangkumi sistem air di sekolah dan asrama pelajar
Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam merialisasikan projek air ini. Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah Al-Baqarah : 261)
Scroll to Top