HUMANITY EMPOWERMENT

Memperkasa Pemberdayaan Kemanusiaan Dalam Komuniti
Projek HUMANITY EMPOWERMENT merupakan projek Pemerkasaan Komuniti melalui bantuan mikro ekonomi, bantuan peralatan ekonomi dan pemberdayaan perusahaan masyarakat dalam apa jua bidang demi meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan masyarakat. Projek yang diinisiatifkan oleh B-Humanity @ Kemanusiaan Tanpa Sempadan untuk membantu Para Asnaf dan Fakir Miskin khususnya buat Ibu Tunggal, OKU, Fakir Miskin dan Dhuafa’ bagi menggerakkan projek infaq pertanian, projek ekonomi asnaf dan pemberdayaan jahitan ibu tunggal.

PROJEK PERTAMA

PROJEK PERTAMA ini merupakan satu inisiatif Infaq pertanian membantu pembangunan ekonomi Kaum Ibu Tunggal dan Ibu Asnaf Miskin di Kampung Budun, Patani. Inisiatif ini diambil apabila ada seramai 50 orang kaum ibu yang terdiri daripada Ibu Tunggal, Asnaf Fakir Miskin dan Kurang berkemampuan melaksanakan 2 atau 3 pekerjaan dalam sehari akan tetapi penghasilan pendapatannya masih tidak mencukupi untuk menyara keluarga bagi kehidupan seharian.
Ditambah pula dengan penghasilan pertanian daripada padi ini mengambil masa yang begitu lama dan rumit dek kerana ketiadaan mesin moden untuk menguruskan padi dengan lebih sempurna. Semuanya diolah dengan secara tradisional menggunakan tulang 4 kerat sehingga kelelahan dan hanya dapat menghasilkan kuantiti yang sedikit setiap kali musim menuai.

BAGAIMANA INFAQ Humanity Empowerment ANDA DAPAT MEMBANTU PROJEK PERTAMA?

Kaum-kaum ibu disitu mensasarkan sesegera yang mungkin mereka akan beralih kepada sistem moden untuk penambahbaikan kualiti penghasilan dan produktiviti dalam menghasilkan beras organik dan HALAL bermutu tinggi.

PROJEK KEDUA

Projek kedua akan membantu golongan Ibu Tunggal, Suri Rumah Yang tidak berkemampuan dan golongan wanita asnaf miskin yang ingin membantu diri mereka bagi menjana pendapatan keluarga melalui kemahiran menjahit samada mengambil tempahan bisnes mahupun mengajar mereka yang lain yang tidak mahir. Dana infaq anda akan dimanfaatkan sebaiknya untuk membeli mesin jahit utama, mesin jahit tepi, mesin sulaman dan alatan keperluan jahitan yang lain. Sasaran kami mahupun kaum ibu disana supaya sekurang-kurangnya 20 orang kaum ibu diperingkat awal dapat dibantu dengan sebaiknya. Oleh itu, sumbangan anda semua amatlah diperlukan bagi menjayakan projek ini.
Ada beberapa hal kenapa projek ini memberi kelainan:

BAGAIMANA INFAQ Humanity Empowerment ANDA DAPAT MEMBANTU PROJEK KEDUA?

Mereka menyasarkan bantuan awal kepada 20 orang Ibu Tunggal diperingkat permulaan dan bantuan pembelian mesin jahit dan keperluan lain bergantung kemasukan dana. Ianya bakal melahirkan generasi usahawan dan ikon asnaf bagi menginspirasikan golongan asnaf yang lain bagi berusaha lebih kuat untuk keluar dari kesusahan hidup.

PROJEK KETIGA

Projek ketiga akan membantu golongan asnaf dan fakir miskin dana mikro awam seperti Orang Kelainan Upaya atau fakir miskin yang tidak berkemampuan. Kita akan modalkan mereka wang modal awal untuk mereka menggerakkan perusahaan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung bebanan keperluan kehidupan seharian keluarga disamping menjana pendapatan untuk masa mendatang. Kita menyasarkan 5 keluarga diperingkat awal pada tahun ini untuk dibantu secara berfasa.

BAGAIMANA INFAQ Humanity Empowerment ANDA DAPAT MEMBANTU PROJEK KETIGA?

Kelebihan Berinfaq dan Bersedekah

“Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?”
Nabi menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.”

(Hadis riwayat at-Thabrani)

Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir. ‘Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi’.
Scroll to Top