Pihak BHumanity telah mengambil langkah kedepan dengan menggerakkan satu projek HOPE (Huffaz, Orphanage@Anak Yatim, Asnaf & Dhuafa’) bagi menggerakkan kempen dan membantu rumah-rumah anak yatim, asnaf, tahfiz serta menggerakkan projek Bank Makanan untuk kestabilan keterjaminan makanan yang berpanjangan.
Dengan adanya projek HOPE ini, ia akan digerakkan melalui 3 TERAS utama BHumanity iaitu Kebajikan, Pendidikan dan Dakwah yang mana ia meliputi bantuan makanan, bantuan akses pendidikan terbuka dan bantuan akses anak-anak sihat dan cergas.