HARI 191 PERANG TaUFAN AL AQSA 2023-2024

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: 19,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu di Gaza selepas 6,000 orang ibu Palestin telah mati syahid.

Korban Taufan al-Aqsa: 33,797 syahid, 76,465 cedera

Jumlah rakyat Palestin yang syahid terkorban sejak rejim Israel melancarkan serangannya enam bulan lalu mencecah 33,797, lapor Kementerian Kesihatan Gaza.

Seramai 76,465 orang lagi mengalami kecederaan sejak 7 Oktober. Manakala dalam tempoh 24 jam yang lalu, kira-kira 68 rakyat Palestin syahid terbunuh dan 94 cedera katanya dalam satu kenyataan.

Angka mangsa mungkin jauh lebih tinggi dengan ribuan lagi tertimbus di dalam reruntuhan bangunan akibat serangan rejim Israel yang berterusan di seluruh semenanjung Gaza.

Sumber: Al Jazeer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top