Seperti mana Sejarah tercatat 50 tahun selepas Perang Yom Kipper (6 Okt 1973) untuk mengambil semula tanah Palestin yang dirampas ,Pejuang Palestin dari Gaza berjaya menyusup masuk dari pelbagai arah melalui Jalan darat,laut malah udara ke dalam kawasan tanah Haram Israel.
Selain sebagai balasan terhadap pendudukkan Haram dan penindasan berterusan oleh rejim Israel ke atas Palestin. Serangan yang dinamakan Operasi Taufan Al-Aqsa ini adalah satu tamparan hebat terhadap normalisasi hubungan negara-negara arab dengan Israel sebagaimana didakwa oleh Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel dalam ucapannya di PBB.
Intifada ini juga menjadi manifestasi kekuatan semangat juang Umat Islam Palestin, biarpun berhadapan seribu satu cabaran seperti sekatan ekonomi, kekurangan sumber dan kempen pembunuhan terancang keatas pimpinan mereka, perjuangan Palestin tetap tidak mati malah semakin subur sehingga kini.
Sebagai tanda solidariti kita bersama untuk Palestin kita teruskan Solat hajat dan berdoa khas untuk mereka. Lazimi qunut nazilah dan bermunajat bersama-sama memohon bantuan Allah SWT terutama kepada pejuang mujahidin yang sedang berjihad menentang kezaliman di bumi Al Quds yang dicintai.
Syabas kepada kita semua dengan berlakunya Taufan Al- Quds ini juga dapat membangkitkan semangat dan sokongan terhadap isu yang sudah sampai seabad ini dan segenap pelosok dunia. Kesedaran dan desakan supaya tanah ini dibebaskan kini sudah lantang dari rakyat barat Dan Amerika Syarikat itu sendiri.
Sebagai Umat Islam, pembebasan Al-Quds merupakan janji Allah sebelum tibanya Hari Kiamat,mereka terus berjuang mempertahankan nyawa,berjuang melawan emosi dan perasaan.
Akhirnya sama-samalah kita bantu mereka dengan kemampuan kita yang ada.Insyaallah Al Quds pasti merdeka.
Nasri Che On
(Presiden B-Humanity)