Berbagi Rezeki dengan anak-anak Maahad Tahfiz Al-Furqan

Kunjungan ke Maahad Tahfiz Al Furqan dalam rangka Jelajah Infaq Humanity dan Pencarian Projek Infaq Air di wilayah Utara & Selatan Thailand.

Dalam kunjungan, kami sempat menyantuni anak-anak maahad tersebut disamping menyampaikan sumbangan barang dapur tajaan daripada Ihsan Madani.

Alhamdulillah kehadiran kami disambut baik dan diceriakan dengan keriangan anak-anak disana. Kami juga dibawa melihat masalah air yang menimpa maahad tersebut dan insha Allah kami akan cuba membantu menyediakan sistem saliran air yang bersistematik seperti yang kami hasilkan pada sebelum ini.

#JelajahInfaqHumanity
#bhumanity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top