Alhamdulillah walaupun hampir sudah mengakhiri Ramadan yang mulia, rakyat Malaysia khususnya dapat menyampaikan bantuan kecemasan dengan memberikan bakul sayuran dan ayam segar buat rakyat Gaza. Aidilfitri berbaki beberapa hari sahaja lagi, tapi B-Humanity bersama Komuniti Dakwah Tarbiah dengan sebaiknya menyampaikan bantuan tersebut kepada hampir 200 keluarga yang terkesan yang tinggal di kem pelarian sementara di Rafah.