Apa nasib 1juta rakyat Gaza di Rafah?

Rafah.. apa cerita Rafah??

Rafah adalah bandar yg sangat kecil di selatan semenanjung Gaza dan ada sempadan dengan Mesir dan tanah haram Israel.. populasi penduduk Rafah sebelum genocide ini dalam 280 ribu orang, atas tanah yang keluasannya dalam 64 km ..

Israel paksa lebih dari 1 juta penduduk Gaza pindah ke Rafah dari seluruh semenanjung Gaza bawah alasan yg Rafah adalah satu tempat yg selamat padahal Rafah kena serang juga tapi bukan secara agresif macam bandar2 yg lain.

Selepas berperang 127 hari di seluruh semenanjung Gaza, tinggal bandar Rafah je yg tentera Israel tak masuk ke dalamnya dan sekarang tentera Israel dan kerajaan Israel tengah fokus kat Rafah, katanya perang tak kan berakhir sebelum tentera masuk Rafah !!

Dah masuk 5 hari, Rafah diserang pada setiap malam secara agresif dan setiap hari ada ramai syuhada akibat serangan tentera Israel atas Rafah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top