Air Bersih Untuk Rakyat Uganda

B-Humanity sedang bekerjasama dengan rakan NGO antarabangsa KONATA (Uganda) dan IFHAG (Cameroon) yang sedang giat menggerakkan projek air seperti Wakaf Telaga Air dan Pembinaan Sistem Saliran Air untuk komuniti miskin Muslim di situ.

Kami menyeru TUAN/PUAN untuk bersama kami membantu masyarakat Muslim khususnya di Uganda dan Cameroon (AFRIKA) untuk mendapatkan sumber air yang lebih bersih dan sihat. Sekurang-kurangnya 10 buah telaga diharapkan dapat didirikan dengan kos (1,000++ USD) = RM 5,000 setiap satu telaga.

 

Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah,

“Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?”

Rasulullah S.A.W bersabda “ Air…”

Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”

(Hadith Saad Riwayat Abu Daud)

 

“Mereka terpaksa berjalan setiap hari sejauh 3km – 6km untuk mendapatkan air dengan mengendong bergelen-gelen botol . Kesemua mereka mendaptkan air dari kolam-kolam tadahan hujan dan ada daripada takungan air.”

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top