50 Anak Yatim Nurrawdhah Diceriakan dengan Bantuan Back To School

Seramai 50 orang anak yatim dibawah jagaan Baitun Nurrawdhah disantuni pihak Borderless Humanity pada 7 Januari yang lalu. Sumbangan dana yang diberikan oleh pihak MAIWP kepada BHumanity telah disantuni dengan memberikan bantuan persekolahan bagi sesi 2024/2025 untuk anak-anak Nurrawdhah tersebut.

Menurut Pengasasnya juga selaku Mudir di Rumah Jagaan terbabit iaitu Ustazah Hafifah “Tahun 2023 dan 2024 ini memang sangat mencabar dan menguji kesabaran kami khususnya dalam mengatur operasi dan menguruskan kebajikan hal ehwal anak-anak disini. Kos harga barang yang semakin meningkat mahal dan membebankan menyebabkan banyak catuan dan kawalan penyediaan makanan dalam setiap hari. Alhamdulillah ada pihak yang sudi hadir dan memberi sumbangan kepada kami, dapat meringankan lagi beban kami semua.”

Bantuan berupa pakaian persekolahan, alatan tulis dan kasut untuk anak-anak disana. Teruskan menyokong usaha kami dalam menyampaikan amanah kepada golongan sasar yang memerlukan.

HOPE

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top