Kunjungan Ziarah dan Lawatan Surau Pondok Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah, Kuala Ketil, Kedah
Ketika kunjungan untuk melihat projek Infaq baik Pulih Surau / Pondok Tahfiz di pedalaman, kami dibawa mengunjungi Surau Pondok tersebut.
Walaupun keadaan surau yang sudah uzur dan usang, akan tetapi surau tersebut masih digunakan ditingkat bawah.
Surau ini dijangka akan dirobohkan sepenuhnya dan dibina banggunan yang baru untuk lebih selesa dan mengurangkan kos pada masa akan datang. Sekiranya terus dibaik pulih sahaja, khuatir akan ada kerosakan lain yang timbul dan mendatangkan kos tambahan yang baharu.
Insha Allah bagi yang ingin terus membantu boleh terus hubungi Mudir Surau tersebut atau PM Admin kami untuk maklumat lanjut.
#SurauPondokAlmarhumTuanGuruHajiAbdullah
#bhumanity
#borderlesshumanity
#jelajahInfaqHumanity