Ceriakan Anak Yatim Gaza dengan Bantuan Persekolahan

5 September 2023
Khan Younis, Gaza, Palestin.
Alhamdulillah, B-Humanity dengan kerjasama Yayasan Islam Khan Younis telah berjaya sampaikan sumbangan anda semua bagi Projek Education 4 Humanity iaitu Back to School di Gaza melalui tajaan bersama daripada Ihsan Madani.
Untuk makluman semua, di Gaza musim persekolahan berbeza dengan sistem persekolahan di Malaysia. Persekolahan disana bermula pada September sebelum bermulanya Musim sejuk yang akan kunjung tiba tidak lama lagi.
Disana anak-anak Yatim, fakir miskin dan asnaf sangat ramai dan ramai dikalangan mereka adalah dari kalangan yang tidak berkemampuan. Mengikut daripada perkongsian keluarga-keluarga disana, anak-anak yang pergi kesekolah kebanyakan menggunakan pakaian ulang kali yang mereka sudah gunakan selama 2 atau 3 tahun sehingga koyak.
Ada juga beberapa anak-anak yang terpaksa menggunakan semula buku dan peralatan sekolah yang sudah uzur bekas daripada abang atau kakak mereka yang digunakan pada tahun sebelumnya.
Seramai 100 orang anak-anak yatim mendapat manfaat daripada sumbangan Tuan/Puan/Encik/Cik semua. Sumbangan berbentuk barangan berupa buku sekolah, peralatan belajar, pakaian sekolah dan beg sekolah.
Kami mewakili anak-anak yatim di Gaza ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan anda semua buat anak-anak disana demi melestarikan pendidikan yang lebih berkualiti dan bermutu tinggi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top