20 Trak lori kontena dibenarkan masuk ke dalam Gaza tidak mencukupi untuk keseluruhan rakyat Gaza

Sempadan Rafah | 22 Oktober 2023

Semalam pada 21 Oktober 2023 sebanyak 20 trak yang berisi pelbagai bantuan antaranya barangan perubatan, makanan dan keperluan penting harian dapat memasuki Gaza, Palestin. Akan tetapi dengan jumlah 20 trak tersebut tidak dapat dimanfaatkan kepada hampir 2.3 juta rakyat Gaza yang sudah kelaparan, kehausan dan menunggu untuk dirawat kerana ketiadaan ubat sudah hampir 10 hari amat menyeksakan.

Kerajaan Mesir sememangnya sudah dikenali sejak azali lagi menyebelahi Rejim Zionis sehingga sanggup menggadaikan maruah demi kepentingan peribadi kepimpinan Presiden Mesir As-Sisi.

Dunia mengharapkan keadilan diberikan seperti mana bantuan beratus2 lori kargo memasuki dibenarkan masuk ke Israel serta bantuan ketenteraan yang diberikan oleh Amerika dan sekutunya UK, Eropah dan India.

Peraturan berat sebelah dan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk Israel telah menyebabkan Palestin terus menerus parah dan terseksa akibat keputusan yang dilakukan kepada Rakyat Palestin.

Diharapkan ratusan lagi bantuan trak mesir dapat memasuki Gaza agar dapat memberikan kelegaan buat rakyat Gaza yang sudah terhimpit dan menanggung bebanan selama perang ini telah berlaku.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top