TAKZIAH KEPADA MANGSA LETUPAN GUDANG MERCUN DI SUNGAI GOLOK NARATHIWAT THAILAND
29 Julai 2023 – Narathiwat. 12 terbunuh dan lebih 100 cedera akibat letupan sebuang gudang mercun di selatan Thailand, minggu lalu.
Letupan ini telah memusnahkan lebih 200 buah rumah dan hampir 370 mangsa yang terjejas. Kerajaan tempatan telah menempatkan mangsa yang kehilangan tempat tinggal di sebuah pusat penginapan sementara manakala mangsa yang cedera masih menerima rawatan di hospital.
“Kami bersimpati atas kemalangan yang mengejutkan ini dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi ini“, kata Ust Nasri apabila bertemu dengan pihak media beberapa hari yang lalu.
Beliau juga merakamkan rasa simpati yang mendalam terhadap seluruh ahli keluarga yang terjejas dan berharap mereka akan terus tabah menghadapi kesedihan kehilangan orang tersayang, dalam sebuah perkongsian Media Sosial Rasmi B-Humanity.
Kata beliau pihak berkuasa tempatan harus mengambil tindakan segera dalam menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian tersebut.
Tambah beliau ,NGO Malaysia – Thailand akan bekerjasama untuk membantu menghulurkan bantuan yang diperlukan kepada mangsa.